Thursday, June 10, 2010

Tukar Sangkar - 10.06.2010

Balik daripada rumah Kak Ngah Faziah malam tadi Syah lihat Cd kemas sangkar kucing. Syah inform dia kesian Mila yang baru beranak kerana Syah nampak dia di"Projeck" oleh Awok. Tu yang Syah nampak mungkin Mona pun ada juga kot? Hehehhe. Syah cadangkan supaya diasingkan kucing jantan dengan Mila dan tukarkan kitten tiga ekor tu ngan Mila. Cd kata Mila selalu gigit kitten tiga ekor tu dulu dan Syahpun diamlah.

Click gambar untuk melihat gambar yang lebih besar

Tapi lepas tu Syah tengok Cd asingkan pula Awok dan Mona ditempat Kitten dan masukkan Kitten ketempat Mila. Tapi kiten-kiten nie Syah tengok macam cuak jer tengok Mila tapi rasanya dia tak gigit lagi sebab Syah tengok Kitten bergurau macam biasa dalam sangkar tu dan MIla tengok jer. Gambar nie Syah ambil petang nie. Mila, lima ekor anak-anak dia, Baby Kailan, Baby Sawi dan Baby Hamster sedang merehatkan diri dalam sangkar mungkin cuaca sedang panas terik kot?. Mona dan Awok tidur, tapi bila Syah buka pintu balcony, Awok bangun. Nomi dan Blacky pula ada dalam bilik Muss. Cd cuti today tapi ke tempat kerja nak uruskan gaji staff, pagi tadi dia keluar.

No comments: