Wednesday, July 14, 2010

Alfatihah Kepada Rosmadi dan Mazlan - 14.07.2010

Allahyarham Rosmadi bin Ramli

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Rosmadi Bin Ramli, berumur 32 Tahun dan merupakan Penyelia Pentadbiran, TMPoint, Alor Setar, Kedah telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 13 Julai 2010 bersamaan 1 Syaaban 1431, jam 10.10 malam akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada pagi ini hari Rabu 14 Julai 2010 jam 11:00 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Baru sebentar tadi kami di TM dimaklumkan dengan kematian seorang lagi rakan sekerja ia itu Mazlan Bin Abd. Ghani berusia 52 Tahun, merupakan seorang Penyelia Teknik, RNO Zon 6, Kota Tinggi, Johor telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Rabu, 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431, jam 12:30 tengahari di Hospital Pakar, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru akibat Barah Usus. Jenazah Allahyarham di jangka akan dikebumikan Kampung halamannya di P67, Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang pada petang ini juga.

Pemergian kedua-dua arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM & Keluarga arwah dan sukar untuk dicari ganti. Marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Rosmadi Ramli dan Mazlan Abd. Ghani sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah.

AL-FATIHAH.

No comments: