Wednesday, July 14, 2010

Raja Fauziah Syed Yaacob Buat Kenyataan - 14.07.2010

Ekoran Keputusan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan yang disampaikan oleh Pengerusi nya, Nik Yusuf Nik Muhamad pada 12.07.2010 yang tidak mengiktiraf Raja Tengku Putri Anis bt Raja Sazali (@ Putri) atau lebih dikenali sebagai Sri Ratu Saadong VII sebagai keturunan Puteri Saadong Ketujuh telah mendapat respond daripada bonda Putri sendiri, Raja Fauziah Syed Yaacob. Kenyataan beliau telah dibuat dirumah salah seorang saudara mereka di Kampung Pek, Macang, Kelantan pada 13.07.2010. Raja Fauziah memaklumkan bahawa Putri sekarang berada di Vietnam kerana menghadiri program amal di negara berkenaan. Raja Fauziah tidak kesal dengan penafian itu malah menggangapnya sebagai satu promosi untuk memperkenalkan anaknya kepada masyarakat.
Salah satu statement beliau :-
  • "Penafian yang dikeluarkan oleh sesiapapun tidak berbekas atau memberi kudis kepada pendirian kami yang mengalir titis darah keturunan Puteri Saadong"

Raja Fauziah menegaskan bahawa permasyuharan putri sebagai Sri Ratu Saadong VII tidak ada sebarang motif tertentu seperti meminta pengurniaan pangkat/darjah kebesaran apatah lagi merebut tahta kerajaan negeri Kelantan. Beliau amat meghormati pendirian pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan terhadap isu ini. Beliau memaklumkan bahawa kaitan Puteri Saadong dan Kerbat Raja Jembal adalah melalui perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah dari keturunan Raja Jembal, walau bagaimanapun mereka tidak dikurniakan sebarang zuriat. Dari kenyataan ini seolah-olah memaklum bahawa keturunan Puteri Saadong tidak ada kaitan dengan Keturunan Raja Jembal.

Gambar Putri (berbaju biru) di Istana Kutai Karanegara, Kutai, Indonesia sewaktu mengadap Sultan Kutai di Istana berkenaan.

Raja Fauziah menekan bahawa Putri berhak untuk memertabatkan keturunannya selepas lebih 10 tahun membelanjakan jutaan ringgit merantau keluar negara untuk melengkapkan pencarian keturunannya. Sekarang beliau berasa bangga kerana usaha keluarganya mencari kebenaran dan kesahihan salasilah Puteri saadong telah membuahkan hasil.

2 comments:

Anonymous said...

macam mana tu....kalau berbintikan syed..mesti la anaknya sharifah...! macam mana leh jadi raja lak?

tengkusyah said...

Satu soalan Yang Baik. Jika ingin mendapatkan kepastian mungkin anda boleh menghadiri majlis penerangan yang akan mereka adakan nanti tetapi saya tiada maklumat berhubung perkara ini.