Tuesday, August 3, 2010

Azah Aziz - 03.07.2010

Azah, 38 bersama suami tercinta, Daud Leroy Abdullah, 44 dan tiga hero kesayangannya, Aaron, 14, Ryun, 7 dan Justin, 4.
  • Semasa membaca Berita Harian hari ini Syah terlihat artikel mengenai pelakon Azah Aziz. Masih ingat tak anda semua kepada Azah Aziz, pelakon dan model hitam manis yang pernah membintangi siri Idaman bersama pelakon pujaan Syah, Sean Ghazi. Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini telah berkahwin dengan seorang jejaka berbangsa Perancis, Daud Leroy Abdullah 15 tahun lepas. Semenjak itu kita jarang mendengar kisah mengenai beliau. Selepas berkahwin beliau telah mengikut suaminya ke Perancis dan kemudiannya berpindah ke Londan dan sekarang menetap di Montreal, Kanada. Beliau sudah tidak aktif berlakon dan lebih selesa sebagai suri rumahtanggan. Sekarang beliau, suami dan anak-anak bercuti selama tiga minggu di Malaysia. Dah macam mat salleh Syah tengok Azah sekarang. ALl the best ye Azah........

No comments: