Monday, August 23, 2010

Azrinaz Dapat Injuksi Mahkamah - 23.08.2010

Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mahzar Hakim yang sekarang ini dikatakan menetap di London dilaporakan telah berjaya mendapat injuksi mahkamah melalui prosiding perundangan untuk menghentikan pengedaran buku The Fast Life and Sudden Death of Michael McGurk hasil tullisan Ritchie Verker. Buku berkenaan dikatakan paling laris dijual semenjak ianya dilancarkan enam minggu lalu. Buku ini menceritakan mengenai pembunuhan McGurk yang merupakan seorang pemaju Sydney yang juga merupakan seorang pemeras ugut dan penipu. Sydney Morning Herald semalam melaporkan bahawa Peguam Azrinaz di Sydney mendakwa buku tersebut telah menghina mahkamah kerana mengandungi maklumat yang sebelum ini dilarang diterbitkan oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.
Buku

Buku ini antara lain menceritakan mengenai urusan penjualan senaskah al-quraan mini bersaiz kotak mancis yang dihiasi batu permata bernilai RM25.6 juta sebagai hadiah perkahwinan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Waddaulah, Sultan Brunei kepada isteri ketiga baginda, Azrinaz Mahazar Hakim pada 2005. McGurk dikatakan telah mengadakan perjumpaan dengan Sultan Brunei dan juga beberapa pertemuan rahsia dengan pegawai-pegawai Brunei di Singapura berhubung pembelian ini. Walau bagaimanapun urusan berkenaan gagal dan McGurk menyaman Sultan Brunei kerana melanggar kontrak (perjanjian) dan Mahkamah Sydney memaklumkan bahawa perjanjian itu di luar bidang kuasa mereka.

Al-Quraan Mini

McGurk yang berumur 45 tahun telah ditembak mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 10 tahun di depan rumahnya di Cremorne, Utara Pantai Sydney. Insiden ini berlaku beberapa jam selepas penulis buku ini, Ritchie Verker keluar makan tengahari bersama McGurk. Ada teori mengaitkan kegagalan urusan jual beli al-quaraan mini mungkin sebagai motif pembunuham McGurk. Walau bagaimanapun Verker memberitahu pihak akhbar bahawa ianya tiada hubungan dengan Brunei malah memaklumkan bahawa McGurk mempunyai ramai musuh dan peluru itu boleh dilepaskan oleh sesiapa sahaja. Berhubung perintah mahkamah tersebut Verker tidak dapat memberi sebarang komentar sebelum mendapat nasihat guaman daripada penerbitnya. Richard Walsh yang merupakan penerbit bersama Allen & Unwin memaklumkan bahawa syarikat itu akan melantik peguam untuk mencabar perintah mahkamah berkenaan.

No comments: