Wednesday, August 4, 2010

Balik Rawang - 04.07.2010

Hari ini balik ke Rawang Residence. Sibuk tanya kawan-kawan mengenai jadual shuttle train ke Ipoh yang telah bertukar. Selidik punya selidik rupa-rupanya bukan schedule bertukar tapi perhentian train telah diubah. Sebelum 01.08.2010 shuttle train akan berhenti di Stensyen KL Central, Stesyen Kuala Lumpur, Kepong Central, Sungai Buluh dan Rawang sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Mulai 01.08.2010 train ini akan bermula di KL Central dan terus ke Stesyen Rawang sebelum berhenti di stesyen terpilih sebelum sampai ke Ipoh. Sehubungan dengan itu bagi mereka yang turun distesyen KL, KL Central, Kepong Central dan Sungai Bulu tidak boleh menaiki Shuttle Train ke Ipoh lagi. Kesian mereka dan nasib baik Syah turun di Stesyen Rawang... Selamat.... Shukur Alhamdulilah. Jika dulu sampai Rawang lebih kurang satu jam tapi sekarang 45 minit sahaja tetapi kadangkala train terpaksa berhenti sekejap untuk memberi laluan pada train yang lain dan jika ini berlaku masa perjalanannya juga hampir sama jer approx satu jam. Dalam train Muss call tanya kat mana dan Syah inform nak balik Rawang dan dia maklumkan Ahad petang dia hendak outstation ke Kuantan, Pahang. Dari stesyen Rawang ke perhentian bas dan macam biasa bas akan gerak jam 07:30pm dan sampai Rawang Residence lebih kurang jam08:00pm. Macam biasa start kereta dan solat, selepas solat cuci kereta, bila selesi baru matikan enjin. Lepas tu baru Syah mandi dan sekarang jam 08:47pm dan Syah nak solat insyak. Jumpa lagi semua.

No comments: