Monday, August 16, 2010

Berbuka Puasa - 16.08.2010

Biasanya kalau habis terawikh hampir jam 10:20pm dan time ini memang sedang elok untuk Syah makan iaitu tiga jam selepas mengambil jusmate 5. Biasanya Syah masak sayur sahaja, pernah sekali buat sandwich dan salad tapi kebanyakannya sayur dan buah-buahan. Kadangkala ada juga curi-curi makan jajan. Hehehhe. Selepas solat terawikh hari hujan dan Syah call Muss untuk fatch Syah disurau tapi katanya dia sudah hendak tidur dan Syah inform akan balik sendiri. So Syah ke gerai Aziz Al-Amin berhampiran surau untuk dinner.Mula-mula Syah order soya panas dan bila dihantarnya kat Syah soya ice. Syah inform budak tu (perempuan) kata minta yang panas tadi dan kenudian dia datang semula inform soya tu tak boleh minum dan minta Syah order lain. Syah minta green apple juice kurang ice. Tak faham maksud dia soya tu tak boleh guna lagi coz Syah tengok orang lain dia bagi pula, mulanya ingat soya tu dah tak elok lagi untuk diminum. Tak apalah malas nak fikir. Makan Syah minta meehon tomyam putih letak sayur sahaja. Bila sampai ada isi ayam dalamnya. Malas nak bising Syah asingkan sahaja ayam tu. Memang ada kedai yang macam ini, mereka biasa dengan resipi standard mereka dan bila customer minta ubah sedikit terlupa. Harga semuanya lebih kurang RM7.50. So lain kali tak adalah jawabnya nak makan kat sini, coz macam mereka tak alert kehendak pelanggan kerana banyak lagi tempat makan best di area Setapak Indah nie.

1 comment:

Muhamad syukri dzun nurin said...

sewktu saya sedang makan.saya ad seseorang...waktu tu kiranya makanan tak sampai lagi..lepas makan..,,kenyang..saya pun balik..sedap..alhamdulilah