Friday, August 6, 2010

Gambar Kahwin Fatin - 06.08.2010

Masih ingat tak Entry Syah pada 14.07.2010 bertajuk Fatin Last Day dan 01.07.2010 bertajuk Fatin Kahwin. So baru hari ini dapat gambar perkahwinan mereka melalui e-mail yang diberi oleh Fatin. Mereka diijab kabul pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431 Hijrah di Masjid Ladang manakala majlis resepsi diadakan dirumah bapa Fatin di Jalan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. Actually function dalam gambar ini hanya untuk majlis keluarga dan teman rapat sahaja sahaja selepas majlis akad nikah sebelum para jemputan hadir pada sebelah tengaharinya untuk Majlis Kesyukuran Perkahwinan Mereka.
Nor Azhar Azlan dan Fatin Farhana Mohd Azemi mengabadikan kenangan manis diatas singahsana Raja Sehari mereka. Bak kata orang tua-tua bagai pinang dibelah dua. Nampak kegembiraan dan keceriaan tergambar diwajah Fatin selepas segala kerisauan sebagai seorang bakal pengantin sebelum diijabkabulkan selesai seperti yang dirancang dan dia kini bergelar Isteri kepada Jejaka Idamannya Azhar. Semuga kalian berdua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan memperolehi anak-anak yang soleh dan membanggakan bangsa dan negara. Amin.
Wajah ayu Fatin Farhana terserlah kejelitaannya dengan busana Jubah Putih untuk Majlis Akad Nikah yang diadakan di Masjid Ladang atau dahulu dikenali sebagai Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Bandar Kuala Terengganu. Kepada anda yang pernah ke Kuala Terengganu, lokasi masjid ini berhampiran Bultan Batu bersurat atau dahulunya bulatan penyu. Masjid ini merupakan salah satu masjid utama di Bandar Kuala Terengganu selepas Masjid Putih atau Masjid Zainal Abidin. Di Masjid ini juga terletaknya Makam DiRaja yang mengabadikan Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Ayahanda Tuanku Mizan), Tengku Farah (Kekanda Tuanku Mizan) dan Nenda Tuanku Mizan sebelah bondanya.
Fatin dan Azemi disamping sepasang lagi pengantin baru iaitu adik lelaki Fatin iaitu Mohd Syafiq Mohd Azemi @ Syafiq bersama pasangannya Siti Sahara Niza Baharudin @ Niza. Bertuah kedua ayah dan ibu mereka menyambut dua menantu sekaligus dalam satu majlis. Dan lebih unik lagi apabila majlis resepsi dipihak lelaki nanti yang akan di adakan di Hotel Istana dalam waktu terdekat ini dengan tiga pasang pengantin sekaligus.

Inilah buah hati pengarang jantung Fatin Farhana iaitu kedua ibubapanya yang telah melahirkan Fatin ke dunia yang fana ini dan memberi pendidikan secukupnya sehingga menjadi seorang muslimah yang berjaya dalam hidup dan kerjaya. Disebelah kiri adalah Bondanya, Hajah Fatimah Rohaya Ab Manan manakala disebelah kirinya adalah Ayahanda Fatin, Haji Mohd Azemi Awang Chik, seorang yang mempunyai pertalian saudara dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud AL-Muktafi Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII dan juga merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman dan Jajahan Takluknya.

No comments: