Sunday, August 29, 2010

Kes YB Serdang Masuk Surau - 29.08.2010

Implikasi daripada isu YB Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lepas bersamaan 22.08.2010 dengan tidak menutup aurat telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak.

  • Sultan Selangor,DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita Baginda berhubung isu tersebut memandangkan ini adalah kali kedua perkara yang sama telah berlaku di Selangor.
  • YB Teo Nie Ching dilaporkan akan mengadap DYMM Sultan Selangor dalam waktu terdekat ini bagi memohon ampun dan memberi pejelasan kepada Tuanku Sultan berhubung isu beliau memasuki dewan solat Surau Al-Huda, Kajang Central.
  • Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS akan mengambil tindakan terhadap YB Ahli Parlimen Serdang itu dan Jawatankuasa Surau Al-Huda berhubung isu ini. JAIS juga telah mengambil alih pentadbiran surau berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
  • Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memaklumkan sebarang tindakan yang diambil oleh JAIS terhadap YB Teo dan AJK Surau adalah bertentangan dengan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Beliau memaklumkan isu ini telah dipolitikan oleh golongan yang berfahaman sempit dan tidak bertamadun.
  • Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin memaklumkan bahawa hasil daipada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang diadakan pada 01 Mac 2010 lalu telah mengharuskan pelancong bukan islam memasuki masjid dan ruang solat dengan BERSYARAT. Walau bagaimanapun memaklumkan bahawa JAIS sebagai pihak berkuasa agama negeri mempunyai hak mengubah apa-apa fatwa satu enekmen kerana kuasa terletak pada mereka dan hanya fatwa yang dititah oleh Majlis Raja-Raja sahaja tidak boleh diubah.
  • Niat Ketua Wira PERKASA Malaysia, Armaan Azha Abu Hanafiah dan ahli-ahli PERKASA untuk menyerahkan surat kecaman dan wang RM1,000.00 bagi menggantikan wang yang diberikan oleh YB Teo kepada AJK Surau Al-Huda dan memohon supaya wang YB Teo dikembalikan semula kepada beliau tidak kesampaian kerana AJK berkenaan tidak hadir semasa mereka ke surau berkenaan dan surau tersebut dikunci. Wang tersebut akan disalurkan terus kepada MAIS.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan bahawa AJK Masjid/Surau perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing apabila ingin menganjurkan sebarang program di Masjid/Surau mereka untuk mengelakkan sebarang isu yan mengelirukan. Setiap negeri mempunyai enekmen khas mengenai garis panduan penganjuran program dimasjid/surau yang perlu dipatuhi oleh Nazir dan AJK Masjid/Surau.

No comments: