Saturday, August 21, 2010

Kesihatan Syah - 20.08.2010

Hari ini Syah sudah keluar dari Sentosa Medical Center. Dr Bala inform Syah, hasil daripada pemeriksaan didapati tiada masalah pada pundi kencing, buah pinggang dan prostate , tiada kanser cuma terdapat bengkek di testis Syah di bahagian yang dinamakan epididymis. Bengkak ini akan menyebabkan jangkitan dan Syah rasa sakit. Malam tadi selepas buang air besar Syah buang air kecil dan sakit tu datang lagi. Pagi tadi masa buang air besar dan kecil tapi tak sakit, malam pula rasa tu datang semula. Sakitnya dari bahagian testis naik ke penis dan rasa nilu dan pedih semua bahagian dan kadangkala salur kencing rasa sakit dan pedih, ada kalanya gatal. Sekejap sahaja dan kemudiannya rasa sakit tu hilang. Tapi memang sakit rasanya. Kadangkala rasa tak selesa macam nilu dikedua-dua peha. Dr Bala inform ianya tak perlu pembedahan cuma makan ubat sahaja dan ianya mungkin akan terjadi lagi pada bila-bila masa. Sebenarnya Syah pernah kena kencing berdarah pada tahun 1990an masa ambil course secretary dengan TM dan ITM (sekarang UiTM) sehingga terpaksa repeat paper shorthand. Semenjak tu on and off kadangkala sakit kencing dan kadangkala ada darah dalam air kencing. Banyak hospital sudah Syah pergi, GH, Tawakal, Hospital Selayang dan Ampang Puteri dan mereka inform tak ada apa-apa exspecially batu karang. Masa mula-mula kena sakit tu Al-Marhumah Bonda Che Zan banyak bantu Syah dari segi masa dan kewangannya bawa Syah ke HKL dan Tawakal untuk periksa sakit Syah. Dia yang tanggung semua bill. Tawakal ada inform prostate Syah bengkak, Dr kata salah satu faktornya tension. Sedih Syah bila ingatkan Al-Marhumah Bonda Che Zan yang banyak membantu dan Syah menangis semasa buat entry ini kerana dia sudah tiada lagi. Kalau dia tak ada dia masa tu tak tahu Syah nak minta tolong siapa, sekarang lainlah Syah sudah boleh bergerak sendiri. Teringat juga massa tu dengan my buddy Lee Kar Choon yang tolong Syah hingga bawa jumpa tabib cina dan sembahyang cara dia, bakar kertas sembahyang dia tepi jalan untuk tolong Syah. Susahkan nak cari kawan yang lain bangsa yang care kat kita, sebelum 1 Malaysia diperkenalkan lagi. Sekarang Syah jarang jumpa June kerana kami masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan hanya berhubung sekali sekala melalui telefon dan still berkongsi masalah jika kami ada problem.

  • Sedih juga rasa Syah sebab ada sesorang bertanya kepada Syah "you banyak buat sex ker dengan banyak orang" . Agaknya semua orang ingat semua jangkitan sebegini sebab kita buat sex bebas. Tapi nak salahkan mereka tak boleh juga sebab kalau baca dalam report-report perubatan di internet pun, ini adalah salah satu puncanya. Doktorpun ada tanya benda yang sama. Syah mengalami masalah ini sudah lama since 1990an dan Syah tak amalkan sex bebas.
Ini adalah entry yang Syah ambil dari internet mengeni Epididymits Symptom :-

Epididymitis is infection or less frequently, inflammation of the epididymis (the coiled tube on the back of the testicle). The majority of men that develop epididymitis develop it because of a bacterial infection. Although males of any age can develop epididymitis, it occurs most frequently between ages of 20 to 39. When it develops in children, it is usually due to inflammation caused by trauma. However, some children develop it because of bacterial infections, some of which may be due to sexual abuse. In general, individuals have discomfort and pain in the area of the testicle(s) or groin; some may develop fever, penile discharge and blood in the urine.

The epididymis is a firm tube that lies on the back surface of each testicle. It is coiled in order to fit a length of nearly 20 feet into a small space. This long length acts as a storage space for the sperm and gives sperm time to mature. The epididymis can be divided into three sections: 1) the head (an expanded upper end), 2) the body, and 3) the pointed tail.

The epididymis also absorbs fluid and adds substances to help nourish the maturing sperm. Each epididymis is directly attached to the testicle so that if the epididymis becomes infected or develops inflammation, the testicle may also develop infection or inflammation. This is termed epididymo-orchitis (infection/inflammation of both the epididymis and testicle). Also, testicular infection is the most common reason for inflammation in the scrotum. The other end of the epididymis attaches to the vas deferens which leads to the prostate gland and then to the urethra. Infections and inflammation often proceed retrograde (also termed backflow) from the urethra; rarely is infection/inflammation spread through the blood to the epididymis.

info selanjutnya di :-
http://www.emedicinehealth.com/testicle_infection_epididymitis/article_em.htm

No comments: