Tuesday, August 3, 2010

Lawatan Pengiran Muda Mahkota ke Kuwait (Hari Kedua) - 03.07.2010

Hari Kedua di Kuwait :-
Tengahari semalam 02.07.2010, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei dan juga merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenaan untuk menghadiri majlis santapan tengahari yang di anjurkan oleh Pemangku Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan Kuwait, His Excellency Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah.Majlis diadakan di Chairman's Club, Burgan Bank Building. Turut serta dalam majlis ini adalah orang-orang kenamaan Kuwait dan rombongan DiRaja Brunei.

Pengiran Muda Mahkota (PMM) bersama Sheikh Jabir di Chairman's Club

Selepas majlis santapan, PMM dan rombongan telah berkenaan melawat Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Kuawit. Masjid ini boleh menempatkan seramai 10,000 orang jemaah dalam satu masa. PPM dan rombongan telah disambut oleh His Excellency Chancellor Rashed Abdul Mohsen Al-Hammad, Deputy Prime Minister for Legal, Minister of Justice, and Minister of Awqaf and Islamic Affairs . PMM dan rombongan telah diberi taklimat mengenai latarbelakang masjid dan kemudiannya dibawa melawat kawasan masjid ini termasuk pameran yang diadakan di masjid berkenaan. Diakhir lawatan PMM telah menerima persembahan (souvenir) daripada Rashed.


Dari Grand Mosque, PPM dan rombongan telah berangkat ke KCCI - Kuwait Chamber of Commerce and Industry. Ketibaan PMM dan rombongan telah disambut oleh, Mr Khalid Abdulla Hamad Al-Sagar, First Vice President of KCCI. KCCI ditubuhkan pada 1959 dan sehingga kini telah mempunyai seramai 79,000 ahli berdaftar. PMM dan rombongan telah di beri taklimat berhubung peranan dan aktiviti KCCI. Sebelum beredar PMM telah berkenaan menandatangani buku pelawat KCCI.

No comments: