Monday, August 23, 2010

MC Today - 23.08.2010

Petang semalam Muss outstation ke Bengkel Penggeli, Keluang, Johor manakala Cd berbuka puasa dirumah membernya, Yus. Kerana boring sorang-sorang kat rumah dan tak ada internet connection coz Muss bawa broadbandnya, Syah keluar jogging dan jalan kaki lebih kurang satu jam. Untuk berbuka Syah buat Sayur Masak Pindang makan dengan Oat dan fruits. Lepas berbuka rasa macam nak demam dan Syah rasa sakit semula. Tah tahulah mungkin kerana jogging tadi kot? Lepas makan ubat Syah baring sekejap dan inform member-member rapat yang Syah rasa sakit kerana bila kita bersorangan kadangkala kita perlukan sesorang untuk berkongsi masalah dan kadangkala masalah tu boleh dikurangkan atas nasihat kawan-kawan, macam terapi lah tu. Kemudiannya Syah ke Danau Kota Uptown. Duduk kat sana sambil lihat orang karaoke dan minum air mineral banyak-banyak sambil makan roti dan kacang. Still sakit juga dan pagi nie baru berkurangan sedikit. Sebelum keluar rumah tadi Syah siapkan sayur-sayur Syah untuk berbuka nanti. Syah juga perap ayam goreng halia dan sediakan bahan Paprik Ayam untuk Cd dan siap-siap masakkan nasi putih sebelum Syah keluar rumah untuk ke cybercafe. Saja nak masak untuk dia coz Syah cuti. Tapi kalau dia berbuka diluar tak mengapa dia boleh makan benda tu untuk sahur nanti. Sekarang Syah di Tbun Network, Platinum Walk Setapak dan ambil package 3 jam dan dijangka 06:25pm habis dan sempatlah memasak untuk berbuka coz bahan asasnya sudah disiapkan.

No comments: