Tuesday, August 31, 2010

Memorial Peringatan Kemerdekaan - 31.08.2010

Bila bercakap mengenai MERDEKA DAY ini banyak diantara kita selalunya membincangkan mengenai pengertian Kemerdekaan, Sumbangan dan Pengorbanan Tetapi Syah tidak mahu mempersoalkan perkara yang selalu diperkatakan seperti itu. Syah hendak berkongsi sesuatu dengan anda. Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai sebuah memorial mengenai pengistiharaan kemerdekaan?

Kepada anda yang pernah berkunjung ke Melaka, memorial Peringatan Kemerdekaan ini terletak di bandar melaka itu sendiri iaitu berhampiran kota A Fomasa dan Replika Istana Kesultanan Melaka . Memorial ini juga betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan (Padang Bandar Hilir Melaka) yang merupakan lokasi pengistiharaan tarikh kemerdekaan oleh YABM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 20 Februari 1956 selepas beliau dan rombongan kembali dari London bagi membincangkan kemerdekaan Malaysia - Malaya ketika itu.

Memorial ini dahulunya dikenali dengan nama Kelab Melaka dan bangunannya telah dibina pada tahum 1911. Keunikan bangunan dua tingkat ini adalah kerana struktur binaannya manampilkan gabungan ciri-ciri tempatan dan barat. Dalam era penjajahan British, bangunan ini merupakan tempat kegiatan sosial hanya untuk golongan atasan dan pegawai-pegawai British sahaja. Walau bagaimanapun ianya mula dibuka kepada umum selepas negara mencapai kemerdekaan.

Untuk memudahkan para pelawat memahami dan menghayati liku-liku perjalanan perjuangan kemerdekaan negara, memorial ini telah dibahagikan kepada beberapa sektor atau bahagian seperti berikut :-
  • Pengenalan dan Pertuanan Melayu
  • Menghadapi Cabaran Kuasa Asing
  • Kebangkitan Semangat Kebangsaan
  • Menentang Malayan Union
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  • Menghadapi Gerakan Komunis
  • Kearah Kemerdekaan
  • Kemerdekaan
  • Raja Berpelembagaan
  • Ketua Negara
  • Negeri dan Kerajaan
  • Penubuhan Malaysia
Anda nampak tak gambar diatas dimana YABM Tunku menjulang keris ketika mengistiharkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir Melaka pada 20 Februari 1956. Keris tersebut ada disimpan di memorial ini untuk tatapan anda semua. Begitu juga dengan kereta yang digunakan semasa perarakan sambutan Merdeka 1957 dan dua buah kereta perisai yang digunakan semasa darurat juga turut dipamirkan diluar Memorial ini.

So apa lagi ............ Jika anda ada masa terluang sempena cuti umum seperti hari ini atau Hari Raya nanti sudi-sudikan lah membawa keluarga terutamanya anak-anak berkunjung ke Memorial Peringatan Kemerdekaan ini untuk memahami dan melihat dari dekat sejarah perjalanan kemerdekaan negara yang kita cintai ini.


No comments: