Tuesday, August 24, 2010

Padah Menggunakan Nama Agong -24.08.2010

Gara-gara menggunakan nama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk memalsukan dokumen perjajian menjual tanah pembalakan di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu telah mengundang padah kepada Tengku Nikman Tengku Mahmud dan Wan Lateff Wan Embong. Kedua-dua mereka telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu semalam 23.08.2010 atas tuduhan memalsukan dokumen perjanjian menggunakan nama KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

  • Gambar Hadapan berbaju jingga adalah Wan Lateff Wan Embung, berumur 54 tahun merupakan seorang broker tanah dituduh memalsukan Agreement for Sale of Standing Trees diantara Tuanku Mizan dan International Ship Industry (M) Sdn Bhd dan Agreement for Sale of Standing Trees diantara Tuanku Nur Zahirah dan International Ship Industry (M) Sdn Bhd. Beliau dituduh melakukan perbuatan berkenaan di Pejabat Peguam Bela dan Peguam Cara Tetuan Ahmad Shahabudin & C0, Wisma Kokitab, Jalan Sultan, Kuala Terengganu pada 30 September dan 05 Oktober 2009. Beliau adalah suspek utama dalam kes ini. Beliau dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu dengan niat supaya dokumen palsu itu dapat digunakan bagi tujuan menipu. Didakwa mengikut seksyen 468 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda. Menetap di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

  • Dibelakannya adalah Tengku Nikman Tengku Mahmud, yand dituduh bersubahat dalam kes penipuan ini. Beliau berumur 55 tahun merupakan seorang Pensyarah IPTS dan merupakan bekas Penolong Pendaftar sebuah universiti tempatan . Tengku Nikman merupakan seorang kerabat diraja dan menetap di Taman Sekamat, Kajang Selangor. Didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 468 akta yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Yang Arif M. Bakri Abd Majid. Kes akan disebut semula pada 22 September 2010. Pihak pendakwa meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM150,000.00 setiap seorang memandangkan nilai tanah pembalakan yang terlibat adalah RM102 juta bagi perjanjian yang melibatkan nama Tuanku Mizan manakala RM12 Juta yang melibatkan nama Tuanku Nur Zahirah walaupun kes ini tidak melibatkan sebarang kerugian. Walau bagaimanapun peguam Wan Lateff memohon agar jumlah berkenaan dikurangkan atas alasan anak guamnya telah memberikn kerjasama semasa penyiasatan. Manakala Tengku Nikaman yang tidak diwakili oleh peguam turut merayu atas alasan tidak mampu membayar jumlah berkenaan. Mahkamah telah menetaapkan ikat jamin Wan Lateff sebanyak RM30,000.00 dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan beliau diserahkan kepada Mahkamah. Tengku Nikman pula dijamin RM20,000.00 dengan seorang penjamin.

No comments: