Sunday, August 8, 2010

Polis Kawalan DiRaja Brunei buat Amal - 08.08.2010


Pada hari Khamis lepas bersamaan 05.08.2010, seramai 45 anggota dari Polis Kawalan Diraja Istana Nurul Iman atau di Malaysia kita istilahkan sebagai Pengawal Istana DiRaja telah mengadakan gotong royong dan kempen membersihkan tanah perkuburan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Kampong Pulaie. Aktiiviti membersihkan tanah perkuburan itu telah diketuai oleh pegawai pemerintah Polis Kawalan Diraja, Penguasa Mohammad Metussin. Program social responsibility seperti ini diadakan sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir beberapa hari lagi. Rasanya di Malaysiapun pihak-pihak tertentu boleh benchmark program seperti ini bagi mendekatkan lagi Istana dengan rakyat dan lagi bermakna jika ianya disertai oleh kerabat diraja.

No comments: