Monday, August 16, 2010

Solat Terawikh - 16.08.2010

Semalam syah solat terawikh di Surau An-Nur berhampiran KL Residence Syah di Setapak Indah. Solat disini lapan rakaat dengan witir tiga rakaat dan dua salam. Baru dapat semula kamera dan nak kongsi bersama anda suasana solat terawikh disini. Surau dibahagikan kepada dua iaitu dihadapan untuk kaum muslimin dan belakangnya untuk kaum muslimah. Selepas solat Insya diadakan tahlil terlebih dahulu sebelum solat terawikh diikuti dengan taskirah (tak semua hari ada taskirah dan ianya bergantung pada keadaan). Selepas itu kami dihidangkan dengan morei. Malam ini ada bubur kacang hijau dan terpulang kepada jemaah jika hendak makan disitupun boleh atau nak bawa balikpun boleh. Biasanya Syah bawa balik bukan untuk Syah tapi untuk saudara-saudara di KL Residence.

No comments: