Wednesday, August 11, 2010

Sultan Johor Murka - 11.08.2010

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sulktan Iskandar telah menzahirkan kemurkaan baginda terhadap sebuah parti pembangkang yang menggunakan gambar baginda pada poster disebuah majlis cermah politik di Batu Pahat, Johor baru-baru ini. Dengan rasa kesal baginda bertitah kepada rakyat Johor agar tidak terpengaruh dan terpedaya dengan pihak yang cuba merosakkan perpaduan di negeri Johor sambil menyifatkan mereka ini sebagai membuat tindakan biadap dan tidak seharusnya berlaku. Kenyataan ini dibuat semasa majlis penutup Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 fasa 2, di Majlis Daerah Kota Tinggi Johor pada 09.08.2010.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff
Baginda Sultan Johor bertambah murka lagi semalam 10.08.2010 apabila mengetahui ada pihak-pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan menjual sijil kurnia bintang kebesaran baginda, PIS II iaitu Pingat Ibrahin Sultan Pangkat Kedua dengan harga RM5,000.00. Kemurkan ini telah dizahirkan oleh baginda kepada kepada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff sewaktu beliau mempersembahkan berita ini kepada Tuanku Sultan. Rahsia penyangak ini terbongkar apabila seorang mangsa yang telah membayar deposit RM3,000.00 dan kemudiannya menyedarinya dirinya tertipu membuat laporan polis mengenai kegiatan individu berkenaan. Bertindak dari laporan tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan dua individu berumur antara 40 dan 49 tahun di Seri Alam, Johor Baharu. Menurut Datuk Mohd, baginda bertitah supaya rakyat jangan terpedaya dengan tipuhelah sebegini. Seperkara lagi perlu diingat, pengurniaan darjah kebesaran adalah hak Sultan Johor dan pihak Istana tidak pernah melantik mana-mana pihak berhubung pengurusan pengurniaan tersebut. So kepada anda diluar sana janganlah terlalu mengejar pangkat dan darjat hingga terpedaya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments: