Thursday, August 12, 2010

Tahlil di Makam Diraja - 12.08.2010


Semalam 11.08.2010, Kementerian Kewangan Brunei dan Jabatan dibawah seliaan kementerian berkenaan telah mengadakan majlis tahlil di Makam Diraja Brunei. Majlis tahlil ini diketuai oleh Awang Haji Ali Yusoff bin bin Haji Arshad, Imam Masjid Kampung Pintu Malim. Turut serta dalam majlis tahlil ini adalah Menteri Kewangan II Brunei, Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato' Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim. Ini adalah aktiviti biasa di Brunei dan molek juga jika ada kementeria di Malaysia atau Kerajan Negeri mengadaptasi aktiviti seperti ini terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Untuk pengetahuan anda semua Negara Brunei mula berpuasa pada hari ini Khamis 12.08.2010. Atas titah Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tarikh berpuasa bagi Negara Brunei Darussalam berkenaan telah disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Brunei, Dato' Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji bin Haji Baki petang semalam secara langsung keseluruh negara melalui Radio dan Telivesyen Brunei atau RTB. Bagi kakitangan kerajaan waktu bekerja mereka telah dipendikkan sepertimana kita di Malaysia tetapi di Brunei agak istemewa sedikit iaitu bermula jam 08:00am sehingga 02:00pm sahaja. Nape ...best kan?

No comments: