Tuesday, September 7, 2010

Aktiviti Hari Ini - 07.09.2010

Hari ini Syah tak kerja sebab ada appointment dengan Sentosa Medical Center. Lebih kurang jam 09:00am Syah bertolak dari KL Residence ke Sentosa. Syah jalan kaki dari rumah ke Medan Idaman Gombak. Syah tak naik LRT kerana akan memakan masa lebih lama untuk sampai coz Syah kena ke KL Sentral dan ambil monorail ke Titiwangsa. Berpusing-pusing pergi balik, so naik bas lagi jimat waktu. Dari Bt5, Gombak Syah naik bas hingga ke Chow Kit dan berhenti di hadapan HKL untuk ke Sentosa. Tambang hanya RM1.90 dengan bas metro. Sampai di Sentosa Syah terus daftar untuk appointment dengan doktor dan serahkan GL. syah sempat ke kedai didalam sentosa untuk beli kosmo, teringat masa disini dulu kedai inilah Syah selalu pergi untuk beli barang dan akhbar.
Selepas tu Syah ke bahagian pentadbiran untuk ambil medical report untuk insurance claim Syah di aras 1. Lepas tu turun semula dan tanya kaunter pendaftaran sudah siap atau belum registration dan mereka maklumkan belum dapat clarification GL Syah daripada Pantai Medicare. Syah ke cashier bertanya macam mana untuk dapatkan salinan bil Syah pada 18.09.2010 hari tu masa masuk hospital. Masa 1st time masuk kena bayar dulu pendaftaran dan Doktor Pakar kerana GL Cover bila masuk wad sahaja. Mereka minta Syah ke kaunter bayaran Aras 1 untuk dapatkan salinan bil. Sekali lagi Syah naik ke Aras 1 untuk dapatkan salinan bil. Setelah selesai Syah turun dan tunggu semula di Lobby. Kemudian Misi panggil Syah dan inform ada pending payment RM12.00 masa Syah discharge 20.08.2010 tempohari dan minta clearkan bayaran berkenaan terlebih dahulu di aras 1. Sekali lagi Syah ke Aras 1 dan mereka maklumkan bayaran RM12.00 itu untuk Admission Fees yang tidak dicover oleh Pantai Medicare. Setelah selesai Syah turun semula ke ground floor dan inform registration suda bayar dan mereka minta Syah tunggu didepan Bilik Dr Bala. Tak lama kemudian misi panggil Syah masuk. Selepas jumpa doktor Syah tunggu untuk ambil ubat dan inform nurse nak tahu berapa mereka caj dan dia minta tunggu. Cashier inform Syah kena Caj RM230.30 (ubat dan consultation). Bil haspital hari tu RM1,756.05. So, out of peruntukan RM 30k yang TM (company Syah) beri setahun untuk mendapatkan rawatan di kelinik swasta (warded sahaja) Syah sudah guna lebih kurang RM2k dan ada balance lagi RM28k dalam tahun ini. Untuk Balik ke KL Residence Syah tunggu bas dihadapan HKL dan turun di Medan Idaman dan jalan kaki balik rumah. Berpeluh jugalah dik panas mentari.
Sampai rumah hampir jam 12:00 tengahari. Syah tidur sekejap dan kunci alarm jam 01:00pm kerana ada appointment di NY Midvalley. Hari ini May Tan cuti dan kawan dia handdle Syah. Jam 01:00pm Syah bangun dan terus mandi dan masa buang air besa dan kecil Syah rasa sakit lagi. Lepas tu solat zohor dan keluar rumah ke LRT untuk ke stesyen bangsar. Dari bangasar naik shuttle bus ke Midvalley. Appointment tamat hampir jam 06:00pm dan Syah terus tunggu shuttle bus untuk balik ke KL Residence. Sampai rumah rehat sekejap dan berbuka puasa dengan minum dan makan buah coz Muss kata nak buka di luar. Selepas solat Maghrib, we all ke Carrefour Wangsa Maju untuk beli makanan kucing Muss dan sedikit groceries.

Selepas selesai beli apa yang patut we all ke Cili Padi Foodcourt untuk makan. Banyak stall sudah hendak tutup. Syah makan yee mee soup dan air soyabean kotak, Muss yee mee goreng dan tak ingat minum apa dan Cd pula KFC dan yee mee goreng. Mus ambil sedikit ayam Cd dan Syah ambil coleslaw nya. Yee mee Cd tak habis. Today Muss belanja dan dia beri RM10.00 setiap orang untuk beli makanan. Selepas tu balik dan jam hampir pukul 10:00pm dan tiba jer kat rumah Syah terus makan ubat kerana tadi lupa bawa.Sampai rumah Cd kemas sangkar kucing dan lepas solat insyak, Syah on line sekejap sembang dengan Syuk di YM Webcam diruang tamu dengan Mus dan Cd sambil menonton TV.

No comments: