Wednesday, September 8, 2010

Anggota TM Meninggal Dunia - 08.09.2010


Dengan rasa sedih dan terharu dimaklumkan bahawa seorang anggota TM Perak, En. Mohd Isa b Pandak Abdullah seperti gambar diatas, berumur 41 Tahun dan bertugas sebagai Juruteknik, RNO Zon Kuala Kangsar/Perak, telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa @ 1 September 2010 kira kira jam 5.30 petang di Hospital Besar Ipoh, dan jenazahnya telah pun selamat dikebumikan ditanah Perkuburan Islam Sayong Kuala Kangsar, pada 2 September 2009 @ Rabu jam 10.30 pagi. Kami semua di TM merasakan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar kerana arwah adalah merupakan seorang pekerja yang berwibawa dan berdidikasi tinggi. Rakan sekerja juga turut merasa kehilangan yang sukar dicari ganti kerana arwah adalah merupakan seorang insan yang berbudi mulia dan berakhlak terpuji.

Sudilah kiranya para pembaca blog Syah yang dikasihi sekalian, bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah sebagai sedekah abadi kepada Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-FATIHAH.

2 comments:

ally84 said...

Awak..salah tulis tarikh..patutnya tahun 2010 kan..bukan tahun lepas 2009..hehe

tengkusyah said...

Thanks a Lot Ally. Syah dah betulkan tarikh tu. Really appreaciate it.