Sunday, September 12, 2010

Dapat Duit Raya RM 1.01 Juta - 12.09.2010

Masa kanak-kanak dahulu kita selalu dapat duit raya dan ada yang boleh menabung atau beli barang yang mereka idamkan dengan mengumpul duit raya sahaja. Memang happening masa zaman kanak-kanak dan sekarang lagilah meriahnya raya kerana tak ada lagi duit raya macam Syah kecil-kecil dahulu, duapuluh sen atau lima puluh sen, Paling cikai pun RM1.00. Cakap pasal duit raya ini walaupun sudah berusia 43 tahun tapi Syah dapat lagi duit raya daripada my sister, Kak Long Zainab, dia beri Syah RM100.00 pada malam raya semasa Syah di rumah Al-Marhum Nenda dan sekarang sudah jadi rumah dia dan kata nya beli baju dan jangan beli benda lain. Heheheheheh. Thanks Kak Long. Kadangkala Kak Long memang selalu bagi duit raya dan kalau tak bagi duitpun dia akan belikan Syah baju.

Kak Long Norzainab

Bukan Syah sahaja yang dan besar dapat duit raya tetapi tahukan anda pada malam hari raya lepas Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar telah cuba diberi RM 1.01 Juta ....... RM 1.01 Juta Mak Iiiiiiiiiiiiiiiiii ..... oleh seorang individu yang bergelar datuk. Individu yang berusia dalam lingkungan 50an mendakwa sebagai wakil daripada seorang datuk telah datang mengadap Tuanku di Istana Tanjung, Muar untuk menyampaikan duit raya kepada baginda dan kerabat Baginda. Tuanku telah menitahkan Dato Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Majlis Jemaah Johor berjumpa lelaki berkenaan untuk mengetahui tujuannya. Setelah dipersembahkan niat lelaki berkenaan untuk menyerahkan dua beg yang didalamnya mengandungi RM1.01 Juta untuk perbelanjaan hari raya Tuanku, terus Baginda murka dan meminta pihak polis menahan lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan dan selepas itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Inilah bak kata orang nak buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali. Nak rasuah pun tengok orang lah dulu ................. Kan naya diri sendiri. Inilah yang dikatakan Ayam Terlepas Tangan bau Tahi.

No comments: