Monday, September 20, 2010

Sultan Azlan Shah Naik tren ETS balik Ipoh - 20.09.2010

Jika beberapa bulan yang lepas heboh diperkatakan mengenai Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim memandu sendiri keratapi dan sekaligus mendapat lesen membawa keratapi tetapi semalam 19.09.2010 Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mencemar duli mencatat sejarah sebagai Sultan pertama menaiki tren ETS atau perkhidmatan keratapi elektrik daripada Kuala Lumpur ke Ipoh. Turut serta mengiringi Tuanku Azlan Shah adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Raja Puan Besar Perak, DYTM Tuanku Zara Salim Davidson. Sebelum ini anakanda Tuanku, Ku Ashman dan keluarga telah menggunakan perkhidmatan tren ETS ini untuk pulang berhari raya bersama keluarganya di Ipoh pada malam hari raya lepas.

Gambar diambil dari KOSMO

Teringat Syah pada Almarhum Tuanku Jaafar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga pernah menggunakan perkhidmatan Komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban untuk pulang ke Negeri Sembilan setelah menamatkan tempoh perkhidmatan Al-Marhum sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke 10 pada tahun 1999.

Syah cadangkan agar Tuanku Mizan pula sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia membuat lawatan mengejut ke KTM dan lihat sendiri bagaimana perkhidmatan komuter terutamanya pada waktu puncak. Tuanku mungkin menggeleng kepala melihat gelagat manusia yang berebut-rebut menaiki komuter dan keadaan komuter itu sendiri yang selalu tidak menepati masa dan kerap mengalami masalah teknikal menyebabkan penumpang bertambah ramai kerana lari dari jadual asalnya.

Berbalik semula kepada cerita ETS nie, Tren ETS telah diperkenalkan sebulan yang lalu dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh hanya memakan masa lebih kurang dua jam. Tren ETS memberikan perkhidmatan sebanyak 6 kali sehari dari KL Central ke Ipoh. Perjalan dari stesyen Kuala Lumpur bermula jam 06:20am dan berakhir pada jam 09:00pm manakala perkhidmatan dari Ipoh bermula seawal jam 04:00am dan berakhir pada jam 06:30pm. Jika anda ingin mencuba perkhidmatan ERS ini anda boleh mengambil kesempatan sempena tambang promosi yang diberikan oleh KTM sebanyak RM30.00 sehala sehingga Tahun Baru Cina. JOM kita Naik ETS ke Ipoh.

No comments: