Saturday, September 18, 2010

M Rajoli meninggal Dunia - 18.09.2010

Semua orang kenal M Rajoli, dari budak-budak sampailah yang sudah berumur. Beliau merupakan seorang pelakon serba boleh dan dapat menghayati setiap watak yang diberikan kepada beliau tak kiralah sebagai orang miskin, orang kaya, lelaki tua yang miang, ahli korporat mahupun pak imam. Pagi tadi lebih kurang jam 01:00am, Syah terdengar berita di Astro mengenai pemergian M Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Mohd Zain. Terperanjat juga Syah mendengarnya tapi apa-apapun ajal, jodoh, maut dan pertemuan telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA. Allahyarmah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang pada jam 10:45pm disisi isteri pertamanya Hashimah Mohd Din dan anak bungsunya Muhd Arif. Anak jati Pasir Mas, Kelantan ini mula bergiat dalam bidang seni pada tahun 1964 dengan memegang watak kecil sebagai pengesek biola dalam filen Ibu Ayam arahan Allahyarham Salleh Ghani. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Hashimah Mohd Daud dan Wan Cik Daud bekas pembaca berita RTM, empat orang anak (2 lelaki dan 2 perempuan) serta tujuh orang cucu. Lebih sedih lagi, semalam cucu Allahyarham telah dilahirkan lebih kurang jam 12:00 tengahari. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat sebelum Zohor hari ini. Allahyarham meninggal duni dalam usia 64 tahun setelah disahkan menghidap barah otak tiga tahun lepas dan kaser berkenaan telah melarat hingga merosakkan saraf Allahyarham menyebabkan Allahyarham lumpuh seluruh badan dan terpaksa menggunakan sistem bantuan pernafasan.

Al-Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

No comments: