Wednesday, September 22, 2010

MPN Tidak Akan Cabar Petisyen Tuanku Ismail - 22.09.2010

Sepertimana dalam entry Syah pada 21.09.2010, Datuk Param Cumaraswamy, Peguam yang mewakili Mantan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada Tuanku Muhammad Faris Petra mempunyai kuasa untuk meminda atau menambah perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi membolehkan baginda dimasyhurkan dan dilantik sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin, 13.09.2010 lepas.


Ekoran daripada petisyen ini, Majlis Perajaan Negeri (MPN) melalui setiausahanya, Datuk Mohd Aiseri Alias menegaskan bahawa MPN tidak akan mencabar petisyen yang telah difailkan oleh Tuanku Ismail Petra melalui peguamnya Datuk Param di Mahkamah Persekutuan pada 21.09.2010 lepas. Beliau menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh MPN adalah termasuk dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan dan Pindaan Dalam Perkara 23A tersebut. Katanya lagi, MPN tidak meragui keputusan yang dibuat sebelum ini dan mengangap ianya adalah muktamad. Sehubungan dengan itu, tidak ada sebarang pihak boleh mempertikaikannya.

No comments: