Wednesday, September 15, 2010

Pelantikan dan Permasyhuran Sultan Muhammad Faris Petra dipertikai - 15.09.2010


YTM Tengku Marjan binti Al-Marhum Sultan Yahya, Bonda saudara Al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra menggangap perlantikan dan perasyhuran anakanda saudaranya sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 sebagai tidak sah. Alasan Tengku Marjan adalah bahawa perlantikan Tuanku Sultan tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan. Katanya, Sultan hanya boleh digantikan sekiranya baginda mangkat, menghilangkan diri dari negeri tanpa alasan yang munasabah dan ataupun jika sultan turun takhta. Beliau menyifatkan sesiapa yang terlibat dalam menyingkirkan Sultan Ismail Petra sebagai Al-Sultan Kelantan adalah sebagai penderhaka. Suami Tengku Merjan, Tengku Seri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah yang telah dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri menanggap apa yang berlaku merupakan sejarah baru dalam Kesultanan Kelantan. Menurut beliau, tidak pernah berlaku di Kelantan dimana Sultan baru dilantik ketika Sultan yang sah masih hidup.


  • MB Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya semasa di Istana Negeri menganggap dengan perlantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faiz Petra sebagai Al-Sultan kelantan yang baru telah dapat merungkaikan kemelut yang melanda Institusi diRaja Kelantan. Beliau mengingatkan supaya tiada sesiapa yang perlu mempertikaikan perkara ini bak kata pepatah "Rumah Siap Pahat Berbunyi" Kata MB "Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,"

  • Datuk Mohd. Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu. Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.

    Menurut Datuk Aseri, pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan. Antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri Kelantan.

No comments: