Friday, September 17, 2010

Pengelola Istana Diraja Kelantan Warded - 17.09.2010


Syah selalu mengelarkannya sebagai orang kuat Istana Kelantan iaitu Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Dato' Abdul Halim Hamad. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Baharu, Kelantan semenjak malam Rabu lepas 16.09.2010. Pada pagi berkenaan beliau mengadu sakit kepala dan kepenatan sewaktu hendak bertolak ke pejabatnya di Istana Balai Besar lalu ke pusat perubatan berkenaan untuk menjalani pemeriksaan. Doktor telah menasihatkan agar beliau berehat di hospital buat sementara waktu. Beliau mengaku semenjak akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan tugas yang harus diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kadangkala tidak sempat berehat. Malam tadi, Al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah mencemar duli meluangkan masa melawat Dato' Halim di hospital berkenaan dan baginda mendoakan supaya Dato' Halim semuga cepat sembuh. Menurut doktor yang merawat beliau, Dato' Halim tidak mengalami sebarang masalah pada jantungnya dan berada dalam keadaan stabil. Beliau akan dibenarkan keluar dari hospital dalam waktu terdekat ini.

No comments: