Tuesday, September 21, 2010

Petisyen Mencabar Pemasyhuran Al-Sultan Kelantan - 21.09.2010

Semalam 20.09.2010, Datuk Param Cumaraswany, salah seorang peguam yang mewakali Mantan Al-Sultan Kelantan memaklumkan bahawa Tuanku Ismail Petra telah memfailkan petisyen bagi mencabar pemasyhuran anakandanya, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Al-Sultan Kelantan yang baru di Mahkamah Persekutuan. Tuanku Muhammad Faris Petra telah di masyhur dan dilantik sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29 menggantikan Ayahandanya yang telah lama gering (sakit) pada 13.09.2010 lepas. Dalam sidang akhbar yang diadakan di Kelab Taman Tasik Perdana semalam, Datuk Param memaklumkan bahawa Tuanku Ismail Petra merupakan Al-Sultan Kelantan yang sah dan telah mengarahkan barisan peguam baginda untuk mefailkan petisyen berkenaan. Turut serta dalam sidang akhbar itu adalah kekanda Tuanku Ismail, Tengku Marjan yang memang menentang pemasyuharan berkenaan bersama suaminya Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah yang telah dikeluarkan daripada Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan. Tengku Abdul Aziz merupakan bapa saudara kepada Mantan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan kekanda kepada Tengku Razaligh Hamzah atau Ku Li, MP Gua Musang.

Barisan peguam Tuanku Ismail Petra terdiri daripada Raja Aziz Adruse (ketua), Datuk Param Cumaraswamy, Datuk Hazeeq Pillay, Abdul Halim Bahari, Nizam Bashir, Malik Imtiaz Sarwar, Gobind Singh Deo dan Abdul Rahsid Ismail. Semasa sidang akhbar semalam Raja Aziz tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan manakala Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar tidak dapat hadir kerana terlibat dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Semakan kes ini akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 23 Oktober ini. Menurut Datuk Param petisyen tersebut untuk menentukan samada Tuanku Muhammad Faris Petra mempunyai kuasa untuk meminda atau menambah perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian kedua). Artikel 3(2) Bahagia Yang Kedua menyatakan perlembagaan itu boleh dipinda oleh Sultan dengan persetujuan dan penyertaan Majlis Penasihat Raja. Menurut Datuk Param terdapat dua isu undang-undang yang timbul daripada pindaan undang-undang Perkara 23A ini dan pemasyuharan Al-Sultan Kelantan yang baru iaitu :-
  1. Memandangkan Tuanku Ismail telah memfailkan petisyen, adalah terlalu awal untuk Tuanku Muhammad Faris menggunakan Perkara 23A.
  2. Komposisi MPN dipertikaikan, boleh memilih dan melantik Pemangku Sultan sebagai Sultan.

No comments: