Wednesday, September 8, 2010

Sakit Syah - 08.09.2010

Lebih kurang jam 11:00am tadi Syah sakit perut lagi - ciri beret dan ke toilet. Bila buang air besar/kecil Syah rasa sakit lagi. So Syah ke kelinik Zariff di -1, Menara TM kerana Dr Rasool dari Pantai Medical Center sudah bercuti. nak ambil ubat sakit perut. Dr perempuan, Dr Diana (bukan doktor locum tapi doktor dari Zarif Kelinik Damansara), dia periksa perut Syah dan tekanan darah. Katanya ok. Dia jug periksa mata Syah yang rasa agak sakit sedikit coz terlanggar dahan pokok semalam dan katanya tak ada kecederaan. Dr dapati Syah tak demam walaupun Syah rasa macam nak demam.
  • Terlanjur Syah jumpa Dr Diana, terus Syah maklumkan yang Syah sedang mendapat rawatan kerana masalah buang air kecil sakit dan minta pendapat beliau. Syah inform dan tunjukkan medical report / ubat kepada Dr Diana dan inform dalam urine ada bakteria Enterococcus faecalis dan masa buat ultra sound didapati epididymis Syah bengkak. Lain-lain seperti pundi kencing, prostate dan buah pinggang ok. Dr Bala dari Sentosa Medical Center (SMC) inform bakteria itu selalunya berada di anus tapi Syah kena dibahagian lain pula. Dr Diana inform Syah kadangkala ianya juga boleh terjadi terutamanya bila kita mencuci selepas buang air besar dan air cucian tu kerkena saluran penis atau kita mengelap lepas buang air besar menggunakan bahagian yang sama pada tuala di bahagian penis juga boleh berlaku jangkitan atau tidak mengelap bahagian berkenaan dengan kering akan juga mengakibatkan jangkitan bakteria dan jika terkena underware juga boleh menyebabkan jangkitan. Dr Diana advice Syah kalau mencuci selepas buang air besar pastikan tangan ke arah belakang bukan depan dan belakang kerana jika air basuhan najis tu terkena lubang penis juga boleh menyebabkan jangkita kuman. Dia nasihatkan Syah supaya makan antibiotik sampai habis supaya bila keadaan seperti ini berlaku dimasa hadapan iannya boleh diubati dengan antibiotik yang sama jika tidak habis mungkin akan sukar untuk mematikan kuman berkenaan dimasa hadapan dengan ubat yang sama.

  • Saja tanya Dr Diana mengapa Dr Bala dari SMC memaklumkan Syah mengenai bakteria tu lambat iaitu semalam kerana Syah tengok report, sample diambil pada 19.08.2010 dan waktu tu Syah di Hospital. Dr Diana maklumkan kadangkala mereka mengambil masa seminggu untuk membiakkan bakteria berkenaan untuk ujikaji selanjutnya. So barulah Syah faham mengapa dan Syah lihat mereka buat test tu di Biomedical UKM.

  • Dr Diana nasihatkan Syah supaya minum air dengan banyak. Insyallah puasa pun lagi 2 hari sahaja dan lepas nie bolehlah Syah minum banyak air. Bila sihat betul nanti baru Syah akan ganti puasa yang tertinggal satu hari semasa di SMC pada 19.08.2010 kerana hendak buat test kelajuan air kencing. Doakan Syah cepat sembuh yer pembaca-pembaca setia blog Syah semua.

  • Pagi tadi Syah call pejabt Dr Bala dan nursenya jawap panggilan tu. Syah nak bercakap dengan doktor tapi misi kata dia busy. So Syah tanya misi sahaja untuk pastikan samada bila Syah menggunakan toilet adakah orang lian akan terkena jangkitan berkenaan tapi kata nurse itu tidak.

No comments: