Wednesday, September 15, 2010

Sultan Brunei Melawat Makam - 16.09.2010

Semalam 15.09.2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat ke Majlis Tahlil bagi kedua Paduka Ayahanda/Bonda Baginda, iaitu Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja. Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien mangkat pada 7 September 1986 dan Almarhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit pula mangkat pada 13 September 1979. Keberangkatan Baginda ke Makam telah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.
Majlis bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan tahlil dan doa tahlil yang dipimpin Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned. Selepas itu baginda.Selepas itu Baginda telah berkenan menjirus air mawar (di Brunei dipanggil air asah-asahan) ke makam ayahanda dan bonda Baginda, diikuti oleh anakanda-anakanda dan adinda baginda iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

No comments: