Saturday, November 27, 2010

100 Orang Rakyat Britain Akan Dipilih Secara Rawak Menghadiri Majlis Perkahwinan Prince William - 27.11.2010

Dilaporkan bahawa Perkahwinan Putera William akan diadakan di West Minester Abbey, London pada 29.04.2011. Menurut sumber dari jawatankuasa perancangan Istana St. Jamaes, Pasangan ini akan mengundang 100 orang rakyat Britain yang dipilih secara rawak untuk menghadiri majlis berkenaan dan surat jemputan akan dihantar kepada mereka yang bertuah dan terpilih. Mereka yang terpilih juga akan menghadiri majlis menyambut tetamu yang dilaporkan diadakan di Istana Buckingham. Kaedah pemilihan 100 orang bertuah berkenaan masih belum diputuskan lagi. Bakal pewaris tahta kedua Britain itu mahu rakyat terlibat sama dalam majlis perkahwinannya yang akan dihadiri oleah Kerabat Diraja dari luar negara, Ketua-Ketua Negara termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama dan Sultan Brunei. Kalaulah ada jemputan rambang untuk warga asing hendak juga Syah memohon menghadiri Majlis ini ........... Boleh. Hehehehe ...............

No comments: