Tuesday, November 30, 2010

CUTI - 30.11.2010

Hari ini Syah cuti dan hendak ke Ampang, rumah Kak Lang Ella kerana my Aunty, Bonda Ejon ada di sana. Biasanya jam 06:30hrs Syah sudah keluar dari Rawang Residence tapi hari ini lewat sedikit sebab cuti. Syah budget masa naik bus jam 07:30hrs. Bonda Ejon ada di KL sebab hendak buat followup di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis nie nanti. My cousin, Razak (anak dia) ambil Bonda Ejon dari kampung dan mungkin balik semula ke Sabak Bernam Sabtu atau Ahad ini. Semalam perjalanan balik ke Rawang macam biasa cuma hujan sedikit jer dan masa hendak naik bas ke Taman Garing Utama Syah jumpa Fikri dan dia inform hendak ke rumah kawannya. Ok lah semua Syah hendak solat Subuh nie dan bersiap-siap. Jumpa lagi semua.

No comments: