Wednesday, December 1, 2010

Raja Abdullah Tempah Kesemua Wad VIP dan Aras yang menempatkan Wad VIP New York Presbyterian Hospital - 01.12.2010

Dah namapun seorang Raja dan dari Negara yang kaya dengan minyak pula, Jadi duit dan kuasa tak jadi masalah kerana mereka dihormati seluruh dunia. Inilah yang berlaku kepada Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud yang telah menempah kesemua bilik VIP dan keseluruhan aras berkenaan yang mempunyai bilik dan peralatan perubatan yang terbaik untuk baginda yang sedang mendapatkan rawatan sakit tulang belakang. Baginda telah menempah kesemua bilik dan aras berkenaan kerana inginkan privacy dan tidak mahu diganggu setelah menjalani pembedahan blood clot and slipped disc pada 24.11.2010 lepas di New York Presbyterian Hospital. Keadaan ini telah mendapat rungutan daripada pesakit lain yang terpaksa dipindahkan ke aras lain, walau bagaimanapun baginda tetap memperolehi apa yang dihajatinya.


Raja Abdullah dilaporkan berangkat ke New York pada 21.11.2010 bersama-sama pengiring diraja, pengawal keselamatan dan krew filem dengan menggunakan tiga buah pesawat sewa khas dari Riyadh, Arab Saudi. Sebanyak 40 buah kereta disediakan untuk rombongan diraja dimana 20 daripadanya hanya untuk beg-beg pakaian sahaja. Raja Abdullah yang berusia 86 tahun dilahirkan di Riyadh pada 1924 dan merupakan anak kelima Pengasas Kerajaan Arab Saudi (Saudi Arabia), Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud. Bonda baginda, Fhada binti Asi Al Suhraim merupakan Isteri kelapan daripada dua belas orang isteri Raja Abdul Aziz. Raja Abdullah dikatakan mempunyai lebih daripada 30 orang isteri dan mempunyai anak lebih daripada 35 orang. Dengan kekayaan peribadi bernilai USD 18 Billion, baginda telah berada ditangga ketiga senarai raja-raja terkaya (richest monarch) Dunia.

No comments: