Sunday, November 21, 2010

Dua Alam - 21.11.2010

Petang Sabtu semalam (20.11.2010) Syah belanja Muss dan Cd menonton filem Dua Alam terbitan Dr. Rozmey di TGV KLCC. Kami bertolak dari KL Residence selepas Solat Asar. Sampai sahaja ke KLCC terus ke TGV dan beli tiket untuk tayangan jam 07:00 malam. Sementara menunggu waktu tayangan kami minum-minum di Signatures Food Court. Kepada anda diluar sana marilah kita menonton filem Dua Alam yang banyak memberi pengajaran kepada kita mengenai dosa dan pahala disamping mengingatkan kita kepada mati. Jika kebanyakan filem-filem dari Barat boleh penuh panggung dan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia, Mengap filem kita sendiri tidak boleh? SEHUBUNGAN DENGAN ITU Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong dan memajukan industri perfileman negara kita sendiri dengan memenuhkan panggung sebagai sokongan kita kepada industri perfileman negara. Jika tidak kita siapa lagi kan?
Dua alam ini menceritakan kisah seorang lelaki yang telah diberi didikan agama dengan sempurna oleh kedua ibu bapanya tetapi akhirnya bertukar identiti daripada seorang lelaki bernama Adam kepada seorang wanita bernama Amy. Filem ini banyak menceritakan flashback kisah-kisah amy sewaktu jenazah mula sampai ke kampung hinggalah ke tanah perkuburan.

Adam merupakan seorang kanak-kanak pintar yang mendapat pendidikan agama yang sempurna dari kedua ibubapanya. Apabila meningkat dewasa Adam telah mendapat tawaran belajar di luar negara di London. Disinilah tragedi hitam bermula dimana Adam telah menukar identitinya dari Adam kepada Amy dan berkahwin dengan seorang lelaki Inggerish di Gereja. Apabila Amy berpisah dengan suaminya beliau telah kembali ke Malaysia dan telah menjadi penyanyi terkenal dan tinggal bersama seorang pelakon lelaki terkenal. Hidup Amy penuh dengan kemewahan dan bergelumang dengan dosa - dadah, kelab malam, arak dan maksiat. Satu hari beliau telah dirogol oleh tiga orang lelaki secara bergilir-gilir semasa mereka merompak Amy dan teman lelakinya yang sedang berasmara didalam kereta. Teman lelakinya telah membuat laporan polis. Disinilah kemuncak masalah dalam hidup Amy apabila berita mengenai dirinya adalah Lelaki tersebar luas di akhbar-akhbar tanahair. Akibat tekanan ini Amy telah mengambil keputusan untuk membunuh diri. Apabila jenazah Amy dibawa ke Kampungnya iannya diuruskan oleh orang kampungnya. Amy disempurnakan sebagai lelaki walaupun jasadnya adalah perempuan dimana dia telah membuat pembedahan pada alat sulit lelakinya supaya menjadi seperti perempuan.

Berbagai-bagai halangan terjadi semasa jenazah hendak diusung ke Masjid dan Tanah Perkuburan seperti kata orang tua-tua Jasad Amy @ Adam Tidak DiTerima Oleh Bumi. Masalah bermula apabila jenazah hendak dimasukkan dalam kereta jenazah dimana tayar kereta jenazah telah pecah tiba-tiba. Jenazah Amy @ Adam terpaksa diusung tetapi banyak yang tidak sanggup dan berhenti separuh jalan kerana jenazah terlalu berat. Dari pagi hari sudah hampir petang dan akhirnya jenazah sempat di solatkan di Masjid. Kemudiannya Jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan hari semakin gelap dan sudah malam. Banyak yang tidak sanggup mengusung jenazah tapi akhirnya sampai juga ke tanah perkuburan. Masalah timbul lagi apabila jenazah tidak dapat dimasukkan kedalam liang lahat kerana liang lahat menjadi seolah-olah kecil. Mereka mencuba beberapa kali tetapi tetap tidak berjaya juga dan akhirnya sahabat karib arwah semasa kecil yang juga iman di kampung itu telah mencadangkan agar jenazah dikuburkan diluar kawasan tanah perkuburan. Akhirnya jenazah dapat disempurnakan.

Pengajara dari cerita ini adalah supaya kita tidak melakukan dosa-dosa besar yang pasti iannya akan mendapat laknat dari Allah SWT. Dalam filem ini menggambarkan seksaan kepada Amy @ Adam diperlihatkan didunia ini lagi dengan kesengsaraan dan kesusahan untuk mengurus dan mengebumikan jasad beliau, belum lagi seksaan di alam kubur. Kepada anda diluar sana janganlah terfikir untuk Menukar Agama Anda, Menukar Jantina Anda, Menderhaka Kepada Kedua Ibubapa Anda dan Membunuh Diri Anda sebagai penyelesai Masalah. Jangan sesekali anda terjerumus dalam kancah kehidupan sosial dan mati dalam kesesatan kerana aibnya perbuatan anda itu akan terpalit kepada kedua ibubapa dan keluarga anda. Peringatan ini untuk diri Syah juga.

  • Tahniah Syah ucapkan kepada Datuk Dr Hj Rozmey kerana menghasilkan filem yang membuka mata, telinga dan minda kita terhadap kejahilan yang berlaku samada dalam diri kita, keluarga mahupun masyarakat. Mesej yang disampaikan dalam filem ini akan membuatkan kita merenung segala dosa dan kesilapan yang pernah atau sedang kita lakukan selama ini dan adalah tidak terlambat untuk kita berpatah ke jalan yang benar dan bertaubat sebelum ajal menjemput kita.

No comments: