Wednesday, November 24, 2010

Nik Azleen Meningal Dunia di Mekah - 24.11.2010

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di Kumpulan TM, Encik Nik Azleen bin Nik Yusofftelah meninggal dunia semasa mengerjakan Ibadah Haji di Makkah Al Mukarramah pada hari Khamis 18.11.2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431H, jam 01:00hrs waktu tempatan bersamaan jam 06:00hrs waktu Malaysia . Allahyarham merupakan Pengurus Unit Planning, Acess Network Development MSC/PJ/SB di Wisma TM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Allahyarham yang berumur 47 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Islam di Makkah Al Mukarramah .

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

No comments: