Wednesday, November 17, 2010

Pagi Raya Aidiladha di Makam Raja Alang - 17.11.2010

Pagi tadi Syah tergerak hati hendak ke Makam Raja Alang di Tanah Perkuburan Jalan Ampang (Kampung Baharu). Mungkin sebab Syah rindu tak dapat menziarahi makam keluarga di kampung kerana Syah tak balik raya. Selepas bersiap Syah minta Cd hantar ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi di Taman Melati dan memandangkan masih awal Syah minta Cd turunkan Syah di LRT Melati sahaja kerana Syah hendak Solat Aidiladha di Masjid As-Syakirin KLCC. Syah pilih masjid ini kerana senang hendak ke Tanah Perkuburan tu. Selepas Solat Aidiladha kami semua mendengar khutubah yang bertajuk Lembayung Ilahi. Di Masjid ini banyak warga asing yang beragama Islam. Setelah selesai khutbah para hadirin disediakan dengan jamuan ringan tapi Syah tak pasti oleh pihak Masjid atau ada tajaan dari individu.



Anda tahu tak tak siapa Raja Alang nie........ Tu yang kita selalu sibuk beli makanan terutamanya bila tiba bulan puasa di Jalan Raja Alang dekat Chow Kit Road yang terkenal dengan jualan juadah berbuka puasa, inilah Makam (kubur) individu yang namanya diambil untuk nama jalan tu. Semenjak Syah ke Makam ini sekitar 1990an beginilah keadaannya. Sebahagian binaan makam telah pecah dihempap oleh pokok dan tidak dibaiki kerana mungkin kosnya terlalu mahal. Makan Almarhum ini sebijik menyerupai Makam Sultan Sulaiman Selangor di Makam DiRaja Kelang, Kampung Jawa dan sedikitpun tiada bezanya samada dari segi saiz mahupun ukirannya. Makamnya sebenarnya tiga tingkat dan binaan bahagian atas sekali telah pecah dan ada diletakkan bersebelahan makam. 

Nampak tak longokan batu di kiri Syah tu. Nisan Almarhum juga telah tinggal satu sahaja dan telah ditanam separuh kedalam binaan makam seperti gambar diatas tu. Dahulu ada Syah lihat nisan satu lagi tu tapi sekarang tidak tahu mana perginya. Tanah perkuburan ini memang terkenal sekitar Kuala Lumpur kerana banyak VVIP dikebumikan disini termasuklah Mubbin Shapperd, Datuk Harun bekas MB Selangor, Carlos anak Musa Hitam yang meninggal kerana Kondo runtuh di Highland Tower, Tan Sri P Ramlee, Pn Sri Solama, Rosyatimah, Kerabat DiRaja Selangor, Kerabat-Kerabat DiRaja Lain dan Kaum Kerabat Tun Dr Siti Hasmah pun ada disini dan banyak lagi Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin disamping penduduk sekitar.

Selepas solat, Syah jalan kaki dari KLCC ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang yang terletak berhampiran Ibupejabat Bank Simpanan Nasional. Sampai sahaja Syah ingat nak beli bunga dan air mawar tapi duit dalam poket ada note 50 sahaja sebab duit RM10.00 Syah dah masukkan dalam tabung masjid tadi. So Syah masuk dulu dan melawat kawasan sekitar sebelum ke Makam Raja Alang. Dah lama Syah tak kesini. Disepanjang jalan ramai peniaga menjual bunga, minuman dan mainan pun ada seperti belon di kawasan perkuburan tu. Tak kurang juga peminta sedekah begitu ramai duduk dipintu masuk tanah perkuburan. 

Syah sempat bertanya penjual disitu dan mereka memaklumkan Jualan dikawasan ini hanya pada waktu perayaan seperti hari ini sahaja. Syah bersihkan Makam Raja Alang dengan membersihkan daun dan kotoran diats binaan makam, cabutkan pokok-pokok kecil yang tumbuh dicelah-celah binaan makam dan membuang daun yang layu/kering atas makam dan betulkan pokok yang ditanam atas makam. Lepas tu rasa tak sedap hati tak siram air mawar dan tabur bunga dan daun pandan atas makam Al-Marhum lalu Syah ke luar tanah perkuburan dan tanya pada seorang penjual tu harga bunga dan air mawar. Bunga sebungkus RM2.00 dan dalamnya ada bunga dan daun pandan manakala air mawar RM2.50. 

sebelum tu Syah tanya ada tukar RM50.00 dan dia kata tak ada dan Syah ke penjual lain dan katanya ada tukar RM50.00. Syah beli dua bungkus bunga dan dua botol air mawar seperti dalam gambar diatas sebelah kanan tu. Syah taburkan sedikit daun pandan dan bunga pada beberapa makam sekitar makam Almarhum. Syah kemudian ambil gambar makam dan sempat minta bantuan orang disitu untuk ambilkan gambar Syah seperti diatas tu. Sebelum balik Muss call katanya hendak ke Ampang, rumah Kak Ngah dan Syah kata tak mengapa lah Syah tak ikut. Sebelum balik Syah ronda satu tanah perkuburan ambil gambar sebelum jalan kaki ke LRT KLCC balik rumah. Dari LRT Syah naik teksi ke KL Resdience sebab rasa tak sihat sedikit.

No comments: