Friday, November 12, 2010

Persiapan Majlis Ibadah Korban Sultan Brunei - 12.11.2010

Hari Rabu ini (17.11.2010) kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau ada juga yang menyebut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Sambutan Aidiladha di Brunei memang meriah seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Setiap kali menjelang Aidiladha, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kaun Kerabatnya akan mengadakan Majlis yang dikenali sebagai Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Beserta Anggota Kerabat. Baginda Sultan dan Kaum Kerabat akan menyembilih haiwan korban pada majlis ini. Majlis korban ini diadakan setiap tahun di Masjid Jame' 'Asr Hasanil Bolkiah selepas Solat Sunat Aidiladha. Sekarang ini para pekerja sedang giat melakukan kerja-kerja pembinaan tempat khas penyembelihan haiwan korban dan "Pentas Diraja" di kawasan letak kereta masjid berkenaan.

No comments: