Monday, November 22, 2010

Sakit Syah, Ke Kelinik Zariff - 22.11.2010

Semenjak malam tadi jam 22:00hrs Syah sudah tidak mengambil sebarang makanan hingga jam 10:00hrs pagi tadi coz nak ambil darah untuk pemeriksaan kolestrol dan tiroyd (thyroid). Doktor juga ambil sampel urine Syah kerana Syah mengadu sakit macam hari tu dan kadangkala testis Syah rasa sakit (ada masa-masanya). Actually sebelum ambil darah tadi Syah sudah ke toilet dan tak mahu buang air kecil lagi so Syah maklumkan pada nurse tunggun dulu. Syah bawa container tu naik ke office untuk Syah minum mineral water dulu. Mulanya ingat hendak beli mineral water kat kedai di -1 tapi Syah lupa bawa dompet. Selepas ambil sample urine Syah turun semula ke Kelinik Zariff. Mereka inform baru sekejap tadi darah Syah dihantar ke lab dan kata jangan risau sebab mereka akan datang sebentar lagi kerana sample tu dihantar ke Pantai Medical Center Bangsar di belakang Menara TM tu sahaja. Nurse inform dalam masa dua hari lagi call untuk mengetahui result sudah kerluar atau belum. Masa hendak ambil darah tadi Dr dan Syah tergelak besar kerana darah tu macam tak boleh sedut dan Dr Faridah kata mengapa gengam kuat-kuat tangan Syah sampai menggigil tangan Syah dan darah macam tersekat-sekat nak keluar. Hehehehehe lawak juga dr tu yek? Memang Syah dah biasa dengan dia dari dulu lagi. Lunch tadi Syah makan biskut jer sebab rasa macam tak ada selera nak makan dan rasa macam nak demam pun ada.

No comments: