Tuesday, November 16, 2010

Sesuatu Yang Memalukan Institusi DiRaja - 16.11.2010

Sebenarnya Syah berasa amat sedih, terperanjat dan terkilan dengan pengakuan seorang Blogger yang memang dikenali ramai kerana mempunyai rancangan bersiri di TV satu ketika dahulu. Beliau memberitahu umum kisah percintaannya dengan salah seorang Mantan Raja Permaisuri Agong. Jika perkara ini benar-benar berlaku, apa yang dikatakkan oleh Blogger berkenaan sepatutnya menjadi rahsia mereka berdua dan bukannya dijaja kepada umum melalui blog beliau. Apa yang ditulis dan gambar-gambar yang dipamirkan memberi imej kurang baik kepada Bekas Raja Permaisuri Agong berkenaan dan Institusi Diraja Malaysia. Jika benar blogger itu sayangkan Mantan Permaisuri Agong berkenaan, beliau tidak akan membuka pekung didada seperti yang dilakukan sekarang atau adakah beliau mempunyai motif tertentu dalam hal ini ?

Syah telah menelefon ke Istana negeri berkenaan dan dimaklumkan bahawa Tuanku Sultan telah dimaklumkan berhubung perkara ini dan mereka buat masa ini tidak boleh memberi apa-apa ulasan lanjut. Lagipun Mantan Raja Permaisuri berkenaan memang tidak pernah dilihat dalam majlis-majlis rasmi negeri berkenaan selepas kemangkatan Paduka Suami baginda.

Salah seorang anakanda Sultan di Utara Semenanjung Malaysia yang rapat dengan Mantan Raja Permaisuri Agong berkenaan memaklumkan kepada Syah bahawa Mantan Permaisuri Agong berkenaan memang mempunyai penyakit misteri selepas kemangkatan Almarhum Paduka Suami Baginda dan juga ada saka. Kadangkala bila penyakit itu datang baginda akan melakukan sesuatu yang bukan dirinya sebenar. Putera Raja ini memberitahu Syah, Blogger berkenaan mengambil kesempatan atas keuzuran Mantan Permaisuri Agong berkenaan semasa mengubati baginda sehingga tersibarnya kisah percintaan mereka yang didakwa oleh blogger berkenaan dihalang oleh ayahanda Mantan Raja Permaisuri Agong Berkenaan.

Syah pasti mungkin ramai diluar sana yang telah membaca blog berkenaan dan Syah berharap supaya anda semua berfikiran positif dan menilai perkara ini dengan waras sebelum membuat sebarang keputusan berhubung isu ini. Maaf kerana Syah tidak boleh menyertakan link blog berkenaan.
SO SORRY

4 comments:

Radin87 said...

Saya juga ada membaca tentang perkara tersebut. Perkara ini memang sungguh2 mengejutkan. Tetapi buat masa ini, ada baiknya jika kita mendiamkan saja perkara ini sehingga waktu yg sesuai.

=(

syukri said...

harap syah dapat tulis artikel yang sebenar dan keadaan yang terjadi...plz visit my blog to know what i meant about..

helmy said...

bagi saya, perkara ini mmg memalukan dgn tersiarnya gambar2 yang boleh mengaibkan baginda..

Rozy Amir (Owner) said...

harap boleh ambil tindakan pada UcleSeekers yg betol2 sakit tu!!!