Wednesday, November 3, 2010

Sultan Bawa Tuah Kemenangan Piala Malaysia - 03.11.2010

Sultan atau Raja sesebuah negeri sebenarnya menjadi penentu pasukan yang berjaya dalam juara Piala Malaysia. Jangan panik dengan kenyataan Syah tu kerana tidak ada unsur-unsur rahsuah disini. Tidak tahu adakah ini satu kebetulan yang telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA. Mungkin anda semua tidak perasan atau memang tidak pernah terfikir akan perkara ini. Bagi Syah, Sayh percaya Tuah perlantikan/pertabalan Sultan atau Raja membawa kepada kejayaan pasukan negeri mereka. Perkara ini berlaku selama dua tahun berturut-turut dalam menentukan pasukan yang berjaya sebagai juara dalam liga Piala Malaysia.
Tahukan anda bahawa :-
  • Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 26.10.2009. Pada 18.11.2009 pasukan Negeri Sembilan mengalahkan Kelantan 3-1 dan meletakkan Negeri Sembilan sebagai juara setelah menunggu hampir 61 tahun semenjak kali terakhir menjadi juara pada 1948.

  • Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V telah di masyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan Paduka Ayahanda baginda yang telah lama gering pada 13.09.2010. Pada 30.10.2010 Negeri Kelantan telah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 untuk merebut tahta sebagai juara Piala Malaysia setelah 55 tahun menjadi bekas juara.

Kita tunggu dan lihat pula pada tahun hadapan, adakah fenomina yang sama akan berulang lagi untuk menentukan negeri mana menjadi Juara Piala Malaysia.

2 comments:

Radin87 said...

Kalau betul la kejadiannya begitu, tahun depan mesti Johor pulak. hahaha~~

tengkusyah said...

Insyallah ............. Mudah-Mudahan.