Saturday, November 27, 2010

Sultan Brunei Mengangkat Keranda Allahyarham Pehin - 26.11.2010


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin Orang Kaya Periwara Abdul Rashid. Solat jenazah diimankan oleh Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Haji Abdul Aziz Juned. Selepas Tuanku menunaikan Solat Jenazah, baginda kemudiannya bersama-sama mengangkat keranda Allahyarham sebelum dimasukkan kedalam kenderaan jenazah. Allahyarhan yang rapat dengan baginda merupakan salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan Bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dari Oktober 1986 hingga Ogos 2002. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 22.11.2010 jam 01:30hrs (am) dan telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam yang terletak dihadapan Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Allahyarham Pehin yang dilahirkan pada 10 Ogos 1939 di Kampung Danau, Daerah Tutong itu meninggalkan seorang isteri, Datin Hajah Fatimah Dato Seri Setia Abang Haji Razali, 64 tahun, dan 6 orang anak (3 lelaki dan 3 perempuan) serta 23 orang cucu. Al-Fatihah kepada Allahyarham Pehin semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beramal solleh. Amin.

1 comment:

Unknown said...

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin bin Orang Kaya Periwara Abd Rashid, adalah seorang insan yang telah banyak berjasa d Brunei kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerajaan KDYMM serta sekalian rakyat Brunei

Very humble and mesra kepada orang ramai dan sentiasa membantu apa yang mampu mudah mudahan Roh Allahyarham dicucuri rahmat

Al-Fatihah