Sunday, November 7, 2010

Sultan Kedah Lawat mangsa Banjir - 07.11.2010

Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Hamimah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir, Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah semalam 06.11.2010. Mengikut statistik Majlis Keselamatan Negara semalam, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan seluruh Negeri Kedah menunjukkan penurunan iaitu daripada 39,743 orang kepada 33,121 orang dengan 90 buah pusat penempatan mangsa banjir beroperasi berbanding 100 sebelum ini. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memaklumkan bahawa 80% Bandar Alor Star masih lagi ditengelami air dengan beberapa jalan ditutup termasuk Jalan Stadium, Jalan Sultan Badlishah, Jalan Teluk Wanjah dan Lebuhraya Darul Aman. Jalan-jalan yang mula dibuka seperti Jalan Raja dari arah Selatan dan Jalan Langgar dari Utara. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar banjir di Kelantan, Kedah dan Perlis beransur pulih.

No comments: