Thursday, November 25, 2010

Sultan Kedah Rasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu - 25.11.2010

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan juga merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah telah berkenan merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu semalam 24.11.2010. Komplek berharga RM71 Juta ini dibina pada 03.07.2006 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2009. Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Menteri Dalam Negeri ; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Kedah ; Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Polis Negara ; Tan Sri Ismail Omar dan Pemangku Ketua Polis Kedah ; Datuk Asri Yusoff.

Dalam titahnya, Baginda memaklumkan masyarakat harus memahami bahawa tugas anggota polis bukan satu tugas yang mudah dan ia merupakan satu tanggungjawab yang berat. Pihak polis telah berkorban sepenuh masa, jiwa dan tenaga mereka menjaga keamanan disamping membuktikan kesetiaan kepada bangsa, agama dan negara. Tuanku juga menyarankan agar masyarakat menjadi mata dan telinga pihak polis disamping melapurkan dengan kadar segara sebarang aktiviti jenayah ditempat masing-masing disamping menekankan bahawa masyarakat harus bersama-sama membenteras jenayah dan tidak menyerahkannya kepada pihak Polis sahaja seperti menganjurkan rukun tetanga/kawalan dikawasan-kawasan kritikal jenayah ditempat masing-masing.

No comments: