Wednesday, November 3, 2010

Tahniah, AMN untuk Abang Zahir - 03.11.2010

Kak Sal & Family dikampung halaman mereka di Perlis.

Tahniah Syah ucapkan kepada Abang Zahir Ahmad, suami kawan Syah yang akan menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dulu Syah satu tempat kerja dengan Kak Sal atau Salki Mohd Dali dan sekarang Kak Sal terpaksa berpindah ke TM Kuala Terengganu kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai Pengarah Kraftangan Cawangan Terengganu. Syah selalu juga contact Kak Sal coz dulu Syah ngan Kak Sal memang rapat masa di KL. Kak Sal juga ada sebuah rumah di Rawang dan anak dia stay disitu buat masa ini. Beberapa hari lepas, dia inform Syah mengenai perkara ini bila terbaca dua entry Syah berhubung Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Persekutuan. Kata Kak Sal sepatutnya Abang Zahir menerima pingat tu pada 28.10.2010 tapi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak Istana ada menelefon Abang Zahir untuk standby dalam bulan ini kerana pingat tu tak boleh dikirim kepada penerima kerana mereka perlu mengadap Tuanku untuk menerimanya. By the way shabas dan thaniah kepada Abang Zahir dan Kak Sal. Mudah-mudahan dapat anugerah Datuk pula dimasa hadapan, siapa tahukan Datin Salki? Tapi kalau Sultan Terengganu Beri kena panggil Tok Puan Salki lah pola. Hehehehehe...........

No comments: