Saturday, November 20, 2010

Wesminester Abby Disebu-Sebut Sebagai Lokasi Perkahwinan Prince William - 20.11.2010

Bakal isteri pewaris kedua tahta kerajaan Great Britain, Kate Middleton dikatakan telah membuat lawatan peribadi ke Westminester Abby yang merupakan sebuah gereja bersejarah yang menyaksikan pemakaman bakal bonda mertuanya, Princess of Wales, Mendiang Princess Diana pada 06.09.1997. Beliau dilihat memasuki Abby bersama-sama pengiring diraja pada Malam Rabu lepas bersamaan 17.11.2010. Turut serta dalam lawatan ini adalah Setiausaha Sulit dan Setiausaha Peribadi Prince William, Jamie Lowther-Pinkerton dan Helen Aspray. Selepas pengumuman pertunangannya secara rasmi Kate sudah mula dilihat bersama-sama pengiring diraja dalam setiap aktivitinya. Gereja berkenaan telah ditutup awal bagi membolehkan rombongan diraja melawat Westminester Abby. Kate mengunjungi gereja ini tanpa Prince William kerana tunangnya itu bertugas di Royal Air Force di Wales. Tujuan Kate menziarahi Gereja ini adalah untuk membuat pilihan beberapa tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sumber-sumber diraja meramalkan bahawa Westminester Abby merupakan lokasi perkahwinan pasangan diraja ini. Walau bagaimanapun tarikh perkahwinan dan lokasi istiadat perkahwinan diraja hanya akan diumumkan setelah mendapat perkenaan Baginda Queen Elizabeth II.
Westminister Abby dilihat dari pintu sebelah Timur.

Westminister Abby merupakan Gereja lama yang mempunyai sejarah tersendiri dan senonim dengan keluarga diraja Britain dimana iannya telah dijadikan tempat pertabalan raja-raja Britain semenjak tahun 1066 lagi disamping menjadi tempat persemadian 17 orang Pemerintah Great Britain. Nenek dan Moyang Prince William iaitu Queen Elizabeth II dan King George VI telah dikahwinkan di Westminister Abby.

Sebanyak 10 orang Pasangan DiRaja Telah di Kahwinkan di Westminester Abby, diantaranya :-

  1. 26.04.1923 - The Duke of York (King George VI) berkahwin dengan Lady Elizabeth-Bowe's-Lyon (The Queen Mother). Mereka adalah Onyang Prince William.
  2. 20.11.1947 - Princess Elizabeth (Queen Elizabeth II) berkahwin dengan Prince Philip of Greece (Duke of Edinburgh). Baginda merupakan Nenda Prince William.
  3. 06.05.1960 - Princess Margaret berkahwin dengan Antony Armstrong-Jones (Earl of Snowdon). Princess Margaret merupakan adinda Queen Elizebth II dan Nenda Saudara Prince William. Pasangan ini bercerai pada 1978.
  4. 14.11.1973 - The Princess Royal, Princess Anne berkahwin dengan Captain Mark Phillips. Pasangan ini telah bercerai dan sekarang berkahwin dengan Timothy Laurance. Princess Anne merupakan satu-satunya anak perempuan Queen Elizabeth II dan merupakan Bonda Saudara Prince William.

Pertabalan Raja-Raja Great Britain semenjak tahun 1066 dan diantaranya

  1. 12.05.1937 Pertabalan King Goerge VI dan Queen Elizabeth. Onyang Prince William.
  2. 02.06.1953 Pertabalan Queen Elizabeth II . Nenda Prince William.

Sebanyak 17 orang Pemerintah Great Britain disamping Kerabat DiRaja di Makamkan disini antaranya

  1. 06.09.1997 Permakaman Princess of Wales, Mendiang Princess Diana iaitu bonda Prince William yang telah mangkat dalam kemalangan di Paris bersama kekasihnya Dodi Al-Fayed pada 31.08.1997.
  2. 09.04.2002 Permakaman Queen Mother yang mangkat pada 30.03.2002. Queen Elizabeth dikenali sebagai Queen Mother selepas kemangkatan suaminya King Goerge VI, Queen mother merupakan bonda Queen Elizabeth II dan Onyang Prince WIlliam.

1 comment:

Anonymous said...

Mendiang Puteri Diana tidak dimakamkan di sini. Kuburnya adalah di sebuah pulau dalam perkarangan estet Althorp. Hanya upacara pengkebumiannya sahaja dijalankan di Westminster Abbey.

- AAbdul