Tuesday, December 7, 2010

06.12.2010 Menziarahi Makam Diraja Johor - 07.12.2010

Shukur Alhamdullilah akhirnya dapat juga Syah menziarahi Makam Diraja Johor di Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor. hari Sabtu lepas Syah datang dan Makam telah ditutup. Makam ini terletak dalam kawasan Perkuburan Mahmoodiah yang terletak di Ibu Negeri Johor iaitu Johor Baharu. Kawasan sekitar makam kelihatan bersih dan terjaga dengan pokok-pokok yang menghijau menjadikan makam ini sejuk mata memandang, tenang dan damai. Struktur Kompleks Makam dan Binaan Makam yang unik menjadikan Makam Diraja Johor agak berlainan dengan identiti tersendiri berbanding Makam-Makam Diraja yang lain di Malaysia.

Melangkah masuk sahaja ke pintu utama Komplek Permakaman mata anda akan terpandang pada makam sementara Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, sultan Johor ke-4 Era Johor Moden dan Mantan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8 yang mangkat pada tanggal 22 Januari 2010 dalam usia 77 tahun dan memerintah hampir tiga abad lamanya. Baginda mangkat pada jam 19:15hrs di Hospital Pakar Puteri Johor Baharu dan telah dimakamkan dengan penuh adat istiadat Diraja Johor pada 23 Januari 2010. Jenazah Almarhum berangkat ke Makam Diraja menggunakan Pedati Khas dari Istana Besar Johor Baharu dengan iringan bacaan ayat suci Al-Quraan beserta 77 das tembakan meriam. Sebelum jenazah dibawak ke kawasan permkaman, Putera Mahkota Johor telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor Ke-5 di anak tangga Istana Besar Johor Baharu dengan gelaran DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tiba-tiba hati Syah rasa sayu dan seperti biasa, Syah hadiahkan Alfatihah kepada semua Almarhum dan Almarhumah di Makam Diraja Johor. Komplek permakaman ini menyemadikan kesemua Almarhum Sultan-Sultan Johor Era Moden, Sultanah-Sultanah Johor beserta Kerabat Diraja lainnya. Dikawasan sekitar Makam Diraja juga menempatkan Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Johor diantaranya Datuk dan Onyang kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin iaitu Dato' Onn Jaafar dan Dato' Jaafar Haji Muhammad yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Diraja Johor. Dato Seri Hishamuddin juga mempunyai hubungan rapat dengan Istana Pahang apabila beliau menghawini YAM Datin Seri Marsella bt Tengku Abdullah yang merupakan anakanda saudara kepada KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Diantara Almarhum Sultan-Sultan Johor yang dimakamkan di Makam Diraja Johor, Bukit Mahmoodiah adalah :-

  1. Almarhum DYMM Sultan Sir Abu Bakar (1882-1895) Sultan Johor 1 Era Moden
  2. Almarhum DYMM Sultan Ibrahim (1895 -1959) Sultan Johor Ke-2 Era Moden
  3. Almarhum DYMM Sultan Ismail (1959 - 1981) Sultan Johor Ke-3 Era Moden
  4. Almarhum DYMM Sultan Iskandar (1981 - 2010) Sultan Johor Ke-4 Era Moden

Al-FATIHAH

Kepada Almarhum-Almarhum Sultan dan Almarhumah-Almarhumah Sultanah Johor, Almarhum/Almarhumah Kerabat Diraja Johor di Makam Diraja Mahmoodiah serta Allahyarham dan Allahyarhamah di Makam Diraja Mahmoodiah dan Tanah Perkuburan Mahmoodiah Semuga Di Tempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Solleh dan Beriman.

AMIN.

No comments: