Wednesday, December 22, 2010

Cucunda Sulung Perempuan Queen Elizabeth Bertunang - 22.12.2010

Istana Buckingham dalam kenyataan rasminya semalam 21.12.2010 mengumumkan pertunagan cucunda sulung perempuan HM The Queen of England, Queen Elizabeth II yang merupakan pewaris ke-12 tahta kerajaan British, Zara Anne Elizabeth Phillips (29) dan pasangannya Mike Tindall (32). Baginda Queen dan Duke of Edinburgh telah merestui pertunangan kedua pasangan ini. Majlis pertunangan pasangan ini diadakan di Gloucestershire petang Isnin 20.12.2010. Walau bagaimanapun tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan lagi.


Zara dan Mike

Zara merupakan puteri kepada HRH The Princess Royal, Princess Anne dan Kapten Mark Phillips. Beliau diputerikan pada 15.05.1981 di St Mary Hospital, Paddington, London. Kedua-dua ayahanda dan bonda beliau telah bercerai pada 1992. Zara merupakan atlet equestrian tersohor di Britain hasil dari bakat yang diwarisi daripada kedua ayahanda dan bonda beliau. Zara juga pernah dinobatkan oleh BBC (Perbadanan Penyiaran British) sebagai Personiliti Sukan. Tunangnya, Mike Tendall pula merupakan pemain ragbi pasukan kebangsaan England dan pernah menjuarai Pila Dunia 2003.

No comments: