Wednesday, December 8, 2010

Cuti Today - 08.12.2010

Hari ini Syah cuti kerana passcard tertinggal dalam beg Muss dan Syah pula tak berapa sihat. Sakit buang air kecil tu datang lagi. Disebabkan Syah cuti, Syah balik Rawang sekejap. Sampai di Pekan Rawang tadi Syah beli Cranberry Juice. Sekarang jam 14:22hrs dan bila kencing tak sakit lagi cuma bawah perut tu sakit ototnya macam hari tu. Tak per oklah tu nanti tu. Malas nak ambil MC cuti jer lah, lagipun cuti banyak lagi.

Ruang Tamu Rawang Residence Syah.

Sampai Rawang Residence lebih kurang jam 11:00hrs tak silap Syah. Sampai rumah jer terus Syah cuci depan rumah dan kereta. Nampak tayar belakang Kanan AEL macam puncit sedikit. Ingat nak start emjine tapi tak jumpa kunci dan Syah nak recall semula kat mana kunci tu, mungkin terbawa ke KL. Masa kemaskan pokok-pokok depan rumah sempat tanya jiran lat satu rumah dari rumah Syah sebab Syah tengok orang lain. Rupa-rupanya jiran Syah, Aci tu sudah pihdah JB semula ikut suaminya setelah anak lelakinya meninggal dunia beberapa bulan lepas dan sekarang rumah tu dia sewakan pada kaum india juga. Rumah sebelah Syah masih kosong lagi belum ada tenant baru masuk.

Lepas cuci depan, Syah cuci belkang rumah yang penuh dengan najis burung. Burung kot kalau ayam mesti berbau. Jiran belakang Syah tu ada bela ayam serama tapi rasanya bukan tahi ayam tu. Lepas kemas belakang Syah kemas ruang tamu, dapur, bilik TV dan tangga, Syah Vaccume, sapu dan mop. Sekarang Syah menonton sambil update blog dan jam 16:00hrs nanti nak balik KL Residence pula.

No comments: