Sunday, December 12, 2010

Food Court Murah di Mid Valley, Makan Place Food Court - 12.12.2010

Keadaan didalam Makan Place Food Court

Semalam Syah ke NY Mid Valley kerana ada appointment dengan May. Selepas lunch with Muss dan Cd, Muss hantar Syah ke LRT KLCC . Macam biasa Syah gunakan LRT dan turun di Stesyen Bangsar. Bangsar LRT Station ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus ke Mid Valley tapi Syah malas nak tunggu, So Syah jalan kaki sahaja dari Bangsar ke Mid Valley. Adalah 15 - 20 minit jalan kaki tapi ok gak. 1st time Syah jalan kaki coz nak tunggu shuttle bus lambat lagi dan naik teksi pula adalah RM3.80 atau lebih sedikit. Sebelum nie ada juga Syah lihat orang jalan kaki gunakan jalan tu so today Syah pula nak cuba. So jalan nie sunyi sedikit dan adalah seorang dua jalan kaki tapi kalau perempuan dinasihatkan tak payalah jalan sorang-sorang melainkan berkumpulan. Actually kira exerciselah nie. Pergi balik Syah guna jalan nie. balik dari Mid Valley approx 20:30hrs. Kalau ikut jalan nie kita akan masuk melalui The Gardens dan keluar ke Mid Valley.

Dalam perjalanan ke Mid Valley nielah baru Syah discover sesuatu iaitu tempat makan atau food court murah di Mid Valley. Syah biasanya makan di Food Junction Mid Vally memang mahal gila tapi disini tengok gayanyapun tahu harga berpatutan. Bila Syah masuk ke food court nie kebanyakan yang makan disitu adalah pekerja Mid Valley dan The Gardens disamping pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh dan Indonesia. Food court ini seolah-olah disediakan untuk pekerja Mid Valley dan The Gardens untuk memperolehi makanan dengan harga yang berpatutan tetapi pengunjung juga boleh makan disini tak salah apa pun tetapi kalau nak glamour bukan inilah tempatnya. Keadaan dalamnya tak ada aircond cuma gunakan kipas, tempat duduk biasa-bias jer dan harga makanannya pun murah tetapi dibandingkan dengan Food Junction makanannya memanglah jauh beza kerana di Food Junction banyak pilihan dan harganya pun tau sama tau jer lah. Suraupun ada disediakan bersebelah pintu masuk food court ini. Kepada anda yang hendak setakat makam Nasi Campur, Nasi Ayam, Roti Canai dan Pelbagai Mee makan jer disini kerana harganya murah dan berpatutan berbanding Food Junction. Tetapi kalau saja-saja nak happy belanja keluarga/kawan-kawan sekali sekala di Food Junction Food Court pun tak salah kerana disana ada pelbagai pilihan makanan tempatan dan luar negara tetapi kalau nak berjimat sedikit datang lah ke Food Court Makan Place nie yang terletak berhampiran Big Apple Donuts and Cofee diaras bawah yang menyambungkan Mid Valley dan The Gardens. Sepatutnya KLCC pun kena benchmark food court nie untuk kakitangan mereka kerana Syah lihat banyak pekerja KLCC makan diluar kerana hendak mencari makanan dengan harga yang murah ialah gaji mereka bukan semuanya tinggi terutama pekerja-pekerja sokongan. Lagipun dengan kemudahan seperti ini membantu pekerja untuk berjimat cermat disamping menjimatkan masa berbanding makan diluar KLCC.

No comments: