Tuesday, December 7, 2010

Ku Li Dilucut Darjah Kebesaran - 07.12.2010

Pada malam Ahad bersamaan 05 Disember 2010 lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Y Bhg Dato' Seri Setia Raja Dato' Haji Mohd Aiseri Alias dalam satu sidang akhbarnya di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan memaklumkan bahawa DYMM Sultan Muhammad Ke-V telah berkenaan menarik balik dua Pingat Darjah Kebesaran YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkuatkuasa 02 Disember 2010. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik daripada Datuk Saudara baginda (bapa saudara YMM Raja Perempuan Tengku Anis) yang berumur 73 tahun itu adalah :-
  1. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi)
  2. Tauliah Perlantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al Muhammadi I

Dalam sidang akhbar yang sama, Y Bhg Dato' SUK juga memaklumkan bahawa Dr Yaacob Hussain Merican (72 tahun) telah ditarik semula tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) beserta perlantikan Jaksa Pendamai (JP) beliau berkutkuasa mulai tarikh 02 Disember 2010.

No comments: