Wednesday, December 22, 2010

Mantan Raja Permaisuri Agong Saman Uncle Seekers - 22.12.2010

Hari ini 22.12.2010, Mahkamah Tinggi Temerloh telah menetapkan tarikh 27 Januari 2011 untuk sebutan semula kes saman Mantan Raja Permaisuri Agong XI dan Mantan Tengku Permaisuri Selangor, YAM Permaisuri Siti Aishah terhadap seorang pengamal paranormal yang dinamakan sebagai defendan pertama iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan bapanya sebagai defendan kedua iaitu Syed Hussien Al-Atas. Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Yang Arif Hakim Prasad Abraham menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar penghakimannya setelah mendengar "interparte". Keputusan ini dibuat bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam bagi defenden pertama memandangkan beliau telah diistiharkan muflis. Defendan kedua juga telah diarahkan untuk melantik peguam.

Pada 03.12.2010 lepas YAM Permaisuri Siti Aishah melalui peguamnya dari Gunaseelan and Associates telah memfailkan saman keatas Syed Abdullah sebagai defendan pertama dan Syed Hussien Al-Atas sebagai defendan kedua kerana telah melanggar maklumat sulit baginda. YAM Permaisuri Siti Aishah selaku Plaintif dalam samanya memohon perintah injuksi bagi melarang Syed Abdullah dan Syed Hussien Al-Atas untuk tidak mendedahkan samada secara lisan, melalui blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat sulit mengenai baginda.


YAM Permaisuri Siti Aishah memaklumkan bahawa baginda telah mendapatkan rawatan daripada Syed Abdullah atau Uncle Seekers dalam bulan Jun lepas. Daripada maklumat yang Syah perolehi daripada salah seorang anak Sultan di Utara tanahair yang rapat dengan baginda, memaklumkan, baginda sebenarnya mengalami penyakit misteri dan saka dimana dalam keadaan tertentu baginda akan menjadi sesorang yang bukan dirinya. Tambah sumber itu lagi, Saka raja-raja adalah berbeza dengan saka yang biasa.

Semasa mendapatkan rawatan, perjanjian diantara baginda dan Syed Abdullah antaranya :-

  • YAM Permaisuri akan membayar kos perubatan kepada Syed Abdullah

  • Syed Abdullah bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi diantara mereka sepanjang proses rawatan dan tidak mengeksplotasi YAM Permaisuri Siti Aishah dalam sebarang bentuk.

Walau bagaimanapun pada bulan November lalu, Syed Abdullah dalam blognya telah mendedahkan apa yang disifatkan sebagai komunikasi diantara YAM Permaisuri Siti Aishah dan beliau kepada umum.

SEMUGA KEBENARA AKAN BERPIHAK PADA YANG BENAR. AMIN

No comments: